Sunday, 12 February 2012

Cerpen 3 : Amanah Cinta

Maaf. Kali ini tiada cover. Harap ada sudi yang baca & follow. :) Terima kasih. Terima lah ..
AMANAH CiNTA : Sara Ramlan

"Ada hikmahnya ALLAH timpakan mendung didalam hidup kita. Kita sering merungut. Bagai tidak sedar bahawa itu adalah Takdir-NYA. Tetapi disebalik mendung itu, ALLAH tetap ingkatkan kita. ALLAH akan hadirkan pelangi yang indah buat hamba-NYA yang sentiasa bersabar dengan dugaan yang diturunkan. 'ALLAH tidak pernah menghampakan kita, tetapi kita selalu menghampakan ALLAH S.W.T' Sentiasa bersabar. Pasti ada hikmah di sebalik setiap yang berlaku."-sara-


Aku duduk di tepi kolam. Aku menguap. Masuk kali ni, dah berapa puluh kali aku menguap. Haiilah. Aku beralih pandang. Aku pandang 4 orang gadis yang macam kucing ni. Bukan kucing comel. Tapi kucing gatal! Dok tergesel sana, tergesel sini. Aku pandang kearah sesuatu yang dipandang oleh mereka. Patutlah pun. Ada beberapa orang mat handsome kat depan tu. Aku buat muka meluat. Dasar perempuan gatal!
Aku check handphone balik. Tak ada sebarang pesanan ringkas. Mana lah mangkuk ayun seorang ni? Hish! Geram aku! Aku betulkan topi di atas kepala. Perempuan 4 orang tadi gelak kuat-kuat. Nak tarik perhatian lelaki ke tu? Arh, aku tak buat macam tu pun elok je. Yang lelaki-lelaki tu pulak, tersengih-sengih macam kerang busuk! Hampeh!
                “Khai..!” seseorang seru nama aku.
Aku pandang kearah suara itu. Aku tersenyum. Lelaki kacak yang sempoi. Selamba dengan jeans, topi, T-shirt birunya. Tangannya sempoi dimasukkan ke dalam poket seluar. Dia sedang tersengih. Haii, tengok muka dia terus hilang marah aku.
                “Ingatkan tak ingat nak jemput orang,” aku bukak topi dari kepalaku.
Rambut melebihi paras bahu itu terlepas. Getah di tangan aku guna untuk ikat rambut. Lepas tu pakai topi balik.
                “Mana boleh lupa. He..he.. Lama ke tunggu?” soalnya.
Aku ambil telefon dari dalam poket, bukak inbox. Cari message yang dihantar tadi.
                Khai, dalam pukul 3.00, abang sampai.
Aku tunjukkan message tu pada dia. Jejaka yang handsome bernama Rashidi itu kerutkan dahi. Tak faham ke wahai suami terchenta? Aku mengeluh.
                “Abang, tengok dalam phone tu abang cakap pukul berapa?”
                “Oh.. pukul 3. Kenapa?” dia soal aku.
                “Hello, cik abang sayang. Tengok pukul berapa abang jemput Khai?” aku buntangkan mata. Hish, laki aku ni.
Rashidi tengok pergelangan tangannya. Mulut nya terus jadi ‘O’, terkejut. Aku terus menatap wajahnya. Pipiku sudah kembung. Tahan ketawa! Kelakar lah laki aku ni. Tiba-tiba perut aku dendangkan muzik irama balada. Err.. Aku tersengih. Aku pusing tengok kot-kot ada orang lain ke? Hehe. Perempuan 4 orang tu pandang-pandang aku. Ada yang berbisik sesame sendiri. Dan aku terus paut tangan Rashidi. Dorang melopong!
                “Sorry sayang!” dia usap kepala aku. Aku ketawa bahagia.
Aku mengeluh. Surah Yaasin berwarna merah tua itu aku tutup. Sekali lagi air mata menitis di pipi. Aku usap perlahan nisan putih yang terpacak itu. Ya ALLAH…
                ‘Abang. Khai belum puas nak manja dengan abang. Kenapa abang tinggalkan Khai? Abang tak sayang Khai ke?’
Aku pandang kawasan sekeliling. Sunyi sepi. Hanya tinggal aku. Aku yang sedang menangisi pemergian suamiku. Terasa macam baru semalam bermanja dengan Rashidi. Seseorang sentuh bahu aku. Aku toleh belakang. Perempuan itu sedang tersenyum manis.
                “Khaisara. Jom balik dulu. Dah lama Khai kat sini. Risau Along tengok Khai.” Perempuan itu kakak aku. Khalijah.
                “Akak datang sini sebab nak suruh Khai balik je ke?” soalku perlahan.
Khalijah duduk di sisiku. Dia usap lenganku perlahan. Sebak hatiku mengenangkan semua momen indah aku dan Rashidi. Khalijah tarik tangan aku. Aku menurut tanpa kata. Dia menekan punat kereta Honda Accord miliknya. Eloklah. Aku datang pun naik bas je tadi. Enjin di buka. Radio, air-cond di pasang. Tali pinggang di pakai.
                “Khai. Tak baik kenang orang yang dah tak ada. Dah 2 tahun, Khai. 2 tahun.” Khalijah tidak henti-henti ingatkan aku.
Aku cuma pandang ke depan. Aku tak bercakap satu patah perkataan pun. Khalijah mengeluh lagi. Mungkin dah give up dengan perangai adiknya yang seorang ini. Aku meraup wajahku sendiri. Khalijah pastinya sudah bosan dengan sikapku ini. Asyik meraung tak tentu pasal. Macam orang meroyan.
2 MINGGU KEMUDIAN
                “Hoi, Khai!”
Aku yang sedang minum itu hampir tersembur ikut hidung. Malaun mana pulak ni? Aku pandang kearah suara itu. Lalu aku angkat kening tanda tak puas hati. Hish! Sebok je dia ni. Buat hidup aku kucar-kacir. Hish ish.
                “Ala, Khai. Sorry lah. Tak sengaja nak buat kau tersedak.” Dia senyum sambil kenyit mata.
Aku ketawa. Nak buat macam mana? Amierul ada aura tersendiri untuk buat aku ketawa. Amierul, jejaka yang sama tempat kerja dengan aku. Jejaka yang diminati semua dara-dara di ofis ini. Mahu tidak? Muka dia macho habis! Dah lah ada lesung pipit. Hish!
                “It’s okey. Tak kisah pun.” Aku angkat lima jari dan goyangkannya.
                “Nak air? Aku pergi beli.” Aku sekadar anggukan kepala.
Amierul. Seorang jejaka yang menjadi penemanku dikala duka, suka, sunyi, sepi, gembira. Selepas permegian Arwah Abang Rashidi, dia adalah penemanku yang kedua. Sebenarnya kami rapat sejak sekolah menengah lagi. Sampailah ke hari ini, detik ini. Arwah ada bagi amanah dekat Amierul. Aku taktau isi kandungannya. Tapi aku pernah baca sesuatu kat sampulnya.
                Aku harap kau jalankan amanah aku, Mierul.
Itu saja. Yang lain tak tau pula. Itu pun aku dapat baca sebab sampul surat tercicir dari beg Amierul. Macam perempuan. Aku baca buku Dyza Ainun, yang bertajuk, ‘Saat Mata Berbicara.’ Best! Amierul berjalan kearah aku dengan sengihan. Aku tersenyum.
                “Your mocha, Khai.”
Aku sambut air yang dihulur. Rasanya nak Tanya. Tapi malaslaj. Perlukah aku tanya? Ohh.. apalah yang Abang Rash amanahkan? Aku baca balik novel tu. Tiba-tiba Amierul angkat sikit tangan aku. Dia tengok tajuk. Dah puas hati, dia angguk kepala. Aku teruskan baca. Last-last dia tarik buku tu. Malaun punya orang!
“Kau ni, Mierul.” Aku angkat kening.
                “Sorry. Teruja nak baca sinopsis dia.” Dia tersengih.
                “Banyaklah kau punya teruja.”
Dia gelak. Dia terus baca. Dia berhenti baca bila handphone dia nyanyi lagu Hafiz, Awan Nano. Amierul buat muka. Dia pandang aku. Aku buat bahasa isyarat. Angkat jelah!
                “Hello?!” sapanya kasar.
Aku tersentak. Tak pernah aku dengar dia kasar macam tu. Pelik. Ni tak lain tak bukan….
                “Aku ada hal ni.”
                “Ala, you. Kita lunch sekejap je. Bolehlah?” rengek suara di sebelah sana.
                “No way!”
                “Mesti you dengan perempuan jahat tukan?”
                “Perempuan jahat mana? Jaga mulut kau, Fatin!”
Aku terkebil-kebil. Dah agak. Mesti minah saleh tak cukup saleh tu. Ala, salah cara dia nak tackle si Amierul. Salah salah! Aku baca buku tu balik.
                “Kau faham tak?! Tak? Okey, takpe. Assalamualaikum!” serentak itu, Amierul off handphonenya.
Aku ketawa, Amierul jeling.
                “Apahal?” soalnya, lembut.
                “Layan jelah…”
Dia yang faham ayat aku yang tak complete tu, terus geleng kepala. Haa, Amierul jejaka idaman Malaya sekolah dan UiTM tau? Selepas Rashidi. Dua-dua kacak, tinggi, manis dan ada lesung pipit. Cuma Amierul cerah macam cina. Rashidi hitam manis gitu. Oh, Abang! Khai rindu Abang. Aku mengeluh.
                “Aku taknak layan dia. Buat sakit kepala, tau?” Amierul berkata lepas teguk airnya.
                “Oh. Hee. Tapi dia tu cantik, apa?” aku tersengih.
                “Cantik tak bawa kebahagian. Cantik saja tapi perangai… Nauzubillah buat apa?” Amierul ambil komik Narutonya. Begitu lah aktiviti hujung minggu kami.
Aku terkekeh dengar ayat Amierul.
                “Elehh. Konon. Aku cantik jugak. Tapi Rash bahagia je.” Aku sengih.
                “Cantik ke? Uwekk.” Amierul masukkan dua jari kedalam mulut. Buat aksi nak termuntah.
                “Oh my! Kau pregnant ke, Mierul? Kau jangan? Buat aku cuak je doe!” aku bulatkan mata.
Amierul pukul tangan aku dengan komiknya. Sakai punya kawan! Bentak hatinya. Aku tekekeh lagi. Amierul..Amierul..
Toyota Camry milik Amierul berhenti betul-betul berhenti di depan pagar depan rumah aku. Aku terjaga dari tidur bila ada orang panggil nama aku. Aku bukak mata. Akhirnya aku tersenyum. Dah sampai rumah rupanya. Sebelum aku keluar, Amierul ada kata sesuatu.
                “Khai. Ni untuk kau. Baca selepas 2 hari, tau? Engkau baca hari ni, memang aku tak tahu. Tapi ALLAH nampak. Ingat, Khai..” Amierul tersenyum.
Aku baring di atas katil. Surat apa ni? Surat cintakah? Aku ketawa dalam hati.
SUDAH 2 hari Amierul tak call atau mesej aku. Aku garu kepala. Mana dia ni? Tak rindu kawan ke apa?! Cess!
                “Surat tu? Mana surat tu eh?” aku selongkar meja make-up aku. Haa, itu pun dia!
Aku buka perlahan-lahan. Ada dua surat didalam tu. Aku baca kertas berwarna hijau dulu. Aku tarik keluar perlahan-lahan. Rashidi!

Assalamualaikum.
          Amierul sahabatku. Kehadiran surat ini sudah tentu tiba apabila aku sudah tiada disini. Kau tentu tertanya-tanya. Apa yang aku ingin sampaikan. Amierul, aku bukanlah seorang yang pandai berselindung. Aku cuma mahu berterus terang. Amierul, semenjak 3 hari lepas aku rasa tidak sedap hati. Mungkin ada apa-apa yang akan berlaku padaku. Aku bukan nak bagi kau takut. Tidak. Cuma surat ini aku ingin menyampaikan amanah aku apabila aku sudah pulang menghadap-NYA.
          Amierul. Dengarkan permintaan aku Amierul. Mungkin aku akan pergi semasa Ai-Isya Khaisara masih muda. Dia baru berusia 24 tahun. Amierul. Surat ini tercipta tatkala aku ingin menyatakan hasrat hatiku. Sahabat, saat aku sudah tiada di sisi Khaisara, kau kahwinilah dia. Berilah dia kebahagian yang seharusnya dikecapi. Sayangilah dia sebagai mana yang patut dia rasakan.
          Amierul. Ai-Isya Khaisara harus kecap bahagianya. Dia masih muda, Mierul. Tolonglah jalankan amanahku ini, kawan. Hanya kau satu-satunya harapan aku untuk menjaga dia. Maaf Amierul. Aku tahu berat. Tapi, aku terpaksa. Tidak rela aku melepaskannya ke tangan orang lain. Tolong, Mierul. Bahagiakan dia, sayangi dia, cintai dia. Tolong.
Sahabatmu,
Rashidi Azim

Aku raup mukaku. Ya ALLAH. Abang Rash! Kenapa buat Khai macam ni? Khai tak sanggup, bang. Tak sanggup! Aku menangis. Surat kedua pula aku capai. Kali ini hanya kertas kajang biasa. Kali ini dari Amierul. Aku mengambil nafas.
               
Assalamualaikum, Ai-Isya Khaisara bt. Al-A’min Badri.
          Khai. Sudah tentu kau membaca surat berwarna hijau itu dahulu,kan? Aku sudah agak. Jangan menangis, Khai. Rash tentu tak suka. Begitu juga aku. Baik, aku ceritakan. Surat Arwah Rash sampai ke tangan aku setelah dia 3 hari dia pergi meninggalkan kita. Pada mulanya aku resah. Aku tak tau macam mana nak jelaskan pada kau tentang amanah itu. Maafkan aku, Khai. Aku takut. Aku takut, aku tak dapat jalankan amanah itu. Maaf, sayang.

Aku tersentap. Sayang? Apa maksud perkataan itu? Aku teruskan pembacaan.
            
    Khai. Aku tau, kau mesti terkejut. Terkejut atas dasar dua perkara. Surat ini dan perkataan itu. Biar aku jelaskan, Khai. Macam ni. Setelah sebulan setengah aku dengan kau, aku sedar, kenapa Rash begitu tertarik dengan kau. Kau sangat daring, Khai. Sangat penyanyang. Alangkah bagusnya jika aku dapat memiliki kau.
          Khai. Aku sudah terima amanah yang diberikan. Tapi aku tak sampai hati nak bagitau kau. Aku takut kau akan sedih. Maaf. Aku tau, aku hanya sekadar sahabat di matamu Khai. Siapalah aku. Rashidi member kepercayaan ini kepada aku. Dia ingin aku jaga kau dengan baik. Izinkan aku Khai? Aku sungguh jatuh cinta dengan kau. Bukan kerana amanah itu. Tetapi keikhlasan yang tumbuh dari hati. Izinkan aku, Ai-Isya Khaisara.
          Ai-Isya Khaisara. Nama kau yang bertakhta di hati ini. Hanya kau, Khai. Izinkan aku jadi pencintamu buat selamanya. Sekarang dan selamanya. Izinkan aku! Aku akan bahagiakan kau, sayangi kau, cintai kau sepertimana Rash inginkan. Boleh ya, Khai?
Yang mencintai,
Amierul Khaz.

Ya ALLAH! Apa.. betulkah? Amierul mencintaiku? Betulkah? Serentak itu, telefon bimbitku nyanyi lagu Someone Like You oleh Adele.
                “Assalamualaikum.” Sapaku dengan suara seksi (serak).
                “Waalaikumussalam. La, menangis, Khai?”
Suara itu! Suara itu yang aku tunggu. Amierul!
                “Where are you?!” jeritku lantang.
                “Hee. Aku dekat Aussie. Sorry, dear.”
                “Aussie? What are you doing there?” aku makin naik angin.
                “Sorry. Ikut mama dan papa. How are you, Khai?” soalnya, lembut.
Kelembutan itu mencairkan hati aku. Oh, adakah aku juga cintakan dia? Amierul?
                “Kejam!” itu yang terluah.
Suara di sebelah sana kedengaran ketawa. Aku tersenyum dalam air mata.
                “Dah baca? Amacam? Sudi?”
Itu cara melamar alaf baru ke, apa?
                “Melamar ke ni?” soalku, pelik.
                “Aahlah. Cepat. Setuju?” soalnya lagi.
                “Hmm.”
Muka aku membahang. Ya ALLAH. Patutnya aku sedar sejak dua tahun yang lalu. Yang aku cintakan dia selepas pemergian Rashidi. Dia selalu mengisi kekosonganku. Dia sentiasa di sisiku. Ya ALLAH.
                “Hooray! Kau tunggu lagi 4 bulan. Nanti aku balik, kita terus kahwin.”
                “Hah?! Seriously?” aku membulatkan mata.
                “Well, yup! I’m serious.”
Aku terasa bahagia. Hari-hari aku termenungkan dia. Ya ALLAH. Ada hikmahnya kau hadirkan hujan padaku. Rupanya pelangi yang indah akan hadir buatku. Aku bersyukur Ya ALLAH. Kau kekalkanlah kami bersama. Mekarkan lah cinta kami setiap hari. Aku sentiasa berdoa, agar cinta ini miliknya. Sekarang dan buat selamanya. Buat Rashidi. Abang tetap yang pertama dalam hati seorang Ai-Isya Khaisara bt. Al-A’min Badri.

5 BULAN KEMUDIAN..
                 “Sayang! I love you!” dia mendakap erat tubuhku.
                “Abang! I love you too!” aku membalas pelukannya.
Abang Rash. Doakan kebahagian Khai dengan Amierul. Terima kasih untuk amanah itu, bang. Khai akan jalankan tanggungjawab Khai dengan sebaik mungkin. Doakan kami, bang. Kami bahagia, bang!

3 comments: