AMANAH CiNTA : Sara Ramlan
"Ada hikmahnya ALLAH timpakan mendung didalam hidup kita. Kita sering merungut. Bagai tidak sedar bahawa itu adalah Takdir-NYA. Tetapi disebalik mendung itu, ALLAH tetap ingkatkan kita. ALLAH akan hadirkan pelangi yang indah buat hamba-NYA yang sentiasa bersabar dengan dugaan yang diturunkan. 'ALLAH tidak pernah menghampakan kita, tetapi kita selalu menghampakan ALLAH S.W.T' Sentiasa bersabar. Pasti ada hikmah di sebalik setiap yang berlaku."-sara-
Aku duduk di tepi kolam.
Aku menguap. Masuk kali ni, dah berapa puluh kali aku menguap. Haiilah. Aku
beralih pandang. Aku pandang 4 orang gadis yang macam kucing ni. Bukan kucing
comel. Tapi kucing gatal! Dok tergesel sana, tergesel sini. Aku pandang kearah
sesuatu yang dipandang oleh mereka. Patutlah pun. Ada beberapa orang mat handsome kat depan tu. Aku buat muka
meluat. Dasar perempuan gatal!
Aku check handphone
balik. Tak ada sebarang pesanan ringkas. Mana lah mangkuk ayun seorang ni?
Hish! Geram aku! Aku betulkan topi di atas kepala. Perempuan 4 orang tadi gelak
kuat-kuat. Nak tarik perhatian lelaki ke tu? Arh, aku tak buat macam tu pun
elok je. Yang lelaki-lelaki tu pulak, tersengih-sengih macam kerang busuk!
Hampeh!
“Khai..!”
seseorang seru nama aku.
Aku pandang kearah suara itu. Aku tersenyum. Lelaki kacak
yang sempoi. Selamba dengan jeans, topi, T-shirt birunya. Tangannya
sempoi dimasukkan ke dalam poket seluar. Dia sedang tersengih. Haii, tengok
muka dia terus hilang marah aku.
“Ingatkan
tak ingat nak jemput orang,” aku bukak topi dari kepalaku.
Rambut melebihi paras bahu itu terlepas. Getah di tangan aku
guna untuk ikat rambut. Lepas tu pakai topi balik.
“Mana
boleh lupa. He..he.. Lama ke tunggu?” soalnya.
Aku ambil telefon dari dalam poket, bukak inbox. Cari message yang dihantar tadi.
Khai, dalam pukul 3.00, abang
sampai.
Aku tunjukkan message tu
pada dia. Jejaka yang handsome
bernama Rashidi itu kerutkan dahi. Tak faham ke wahai suami terchenta? Aku
mengeluh.
“Abang,
tengok dalam phone tu abang cakap
pukul berapa?”
“Oh.. pukul
3. Kenapa?” dia soal aku.
“Hello, cik
abang sayang. Tengok pukul berapa abang jemput Khai?” aku buntangkan mata.
Hish, laki aku ni.
Rashidi tengok pergelangan tangannya. Mulut nya terus jadi ‘O’,
terkejut. Aku terus menatap wajahnya. Pipiku sudah kembung. Tahan ketawa!
Kelakar lah laki aku ni. Tiba-tiba perut aku dendangkan muzik irama balada.
Err.. Aku tersengih. Aku pusing tengok kot-kot ada orang lain ke? Hehe.
Perempuan 4 orang tu pandang-pandang aku. Ada yang berbisik sesame sendiri. Dan
aku terus paut tangan Rashidi. Dorang melopong!
“Sorry
sayang!” dia usap kepala aku. Aku ketawa bahagia.
Aku mengeluh. Surah Yaasin berwarna merah tua itu aku tutup.
Sekali lagi air mata menitis di pipi. Aku usap perlahan nisan putih yang
terpacak itu. Ya ALLAH…
‘Abang. Khai
belum puas nak manja dengan abang. Kenapa abang tinggalkan Khai? Abang tak
sayang Khai ke?’
Aku pandang kawasan sekeliling. Sunyi sepi. Hanya tinggal aku. Aku
yang sedang menangisi pemergian suamiku. Terasa macam baru semalam bermanja
dengan Rashidi. Seseorang sentuh bahu aku. Aku toleh belakang. Perempuan itu
sedang tersenyum manis.
“Khaisara.
Jom balik dulu. Dah lama Khai kat sini. Risau Along tengok Khai.” Perempuan itu
kakak aku. Khalijah.
“Akak datang
sini sebab nak suruh Khai balik je ke?” soalku perlahan.
Khalijah duduk di sisiku. Dia usap lenganku perlahan. Sebak
hatiku mengenangkan semua momen indah aku dan Rashidi. Khalijah tarik tangan
aku. Aku menurut tanpa kata. Dia menekan punat kereta Honda Accord miliknya.
Eloklah. Aku datang pun naik bas je tadi. Enjin di buka. Radio, air-cond di
pasang. Tali pinggang di pakai.
“Khai.
Tak baik kenang orang yang dah tak ada. Dah 2 tahun, Khai. 2 tahun.” Khalijah
tidak henti-henti ingatkan aku.
Aku cuma pandang ke depan. Aku tak bercakap satu patah
perkataan pun. Khalijah mengeluh lagi. Mungkin dah give up dengan perangai adiknya yang seorang ini. Aku meraup
wajahku sendiri. Khalijah pastinya sudah bosan dengan sikapku ini. Asyik
meraung tak tentu pasal. Macam orang meroyan.
2 MINGGU KEMUDIAN
“Hoi,
Khai!”
Aku yang sedang minum itu hampir tersembur ikut hidung.
Malaun mana pulak ni? Aku pandang kearah suara itu. Lalu aku angkat kening
tanda tak puas hati. Hish! Sebok je dia ni. Buat hidup aku kucar-kacir. Hish
ish.
“Ala,
Khai. Sorry lah. Tak sengaja nak buat
kau tersedak.” Dia senyum sambil kenyit mata.
Aku ketawa. Nak buat macam mana? Amierul ada aura tersendiri
untuk buat aku ketawa. Amierul, jejaka yang sama tempat kerja dengan aku.
Jejaka yang diminati semua dara-dara di ofis ini. Mahu tidak? Muka dia macho
habis! Dah lah ada lesung pipit. Hish!
“It’s okey. Tak kisah pun.” Aku angkat
lima jari dan goyangkannya.
“Nak
air? Aku pergi beli.” Aku sekadar anggukan kepala.
Amierul. Seorang jejaka yang menjadi penemanku dikala duka,
suka, sunyi, sepi, gembira. Selepas permegian Arwah Abang Rashidi, dia adalah
penemanku yang kedua. Sebenarnya kami rapat sejak sekolah menengah lagi.
Sampailah ke hari ini, detik ini. Arwah ada bagi amanah dekat Amierul. Aku
taktau isi kandungannya. Tapi aku pernah baca sesuatu kat sampulnya.
Aku harap kau jalankan
amanah aku, Mierul.
Itu saja. Yang lain tak tau pula. Itu pun aku dapat baca sebab
sampul surat tercicir dari beg Amierul. Macam perempuan. Aku baca buku Dyza
Ainun, yang bertajuk, ‘Saat Mata Berbicara.’ Best! Amierul berjalan kearah aku
dengan sengihan. Aku tersenyum.
“Your mocha,
Khai.”
Aku sambut air yang dihulur. Rasanya nak Tanya. Tapi malaslaj. Perlukah
aku tanya? Ohh.. apalah yang Abang Rash amanahkan? Aku baca balik novel tu. Tiba-tiba
Amierul angkat sikit tangan aku. Dia tengok tajuk. Dah puas hati, dia angguk
kepala. Aku teruskan baca. Last-last dia tarik buku tu. Malaun punya orang!
“Kau ni, Mierul.” Aku angkat kening.
“Sorry. Teruja
nak baca sinopsis dia.” Dia tersengih.
“Banyaklah
kau punya teruja.”
Dia gelak. Dia terus baca. Dia berhenti baca bila handphone dia
nyanyi lagu Hafiz, Awan Nano. Amierul buat muka. Dia pandang aku. Aku buat
bahasa isyarat. Angkat jelah!
“Hello?!”
sapanya kasar.
Aku tersentak. Tak pernah aku dengar dia kasar macam tu. Pelik. Ni
tak lain tak bukan….
“Aku ada hal
ni.”
“Ala, you. Kita
lunch sekejap je. Bolehlah?” rengek suara di sebelah sana.
“No way!”
“Mesti you
dengan perempuan jahat tukan?”
“Perempuan
jahat mana? Jaga mulut kau, Fatin!”
Aku terkebil-kebil. Dah agak. Mesti minah saleh tak cukup saleh
tu. Ala, salah cara dia nak tackle si Amierul. Salah salah! Aku baca buku tu
balik.
“Kau faham
tak?! Tak? Okey, takpe. Assalamualaikum!” serentak itu, Amierul off
handphonenya.
Aku ketawa, Amierul jeling.
“Apahal?”
soalnya, lembut.
“Layan jelah…”
Dia yang faham ayat aku yang tak complete tu, terus geleng kepala.
Haa, Amierul jejaka idaman Malaya sekolah dan UiTM tau? Selepas Rashidi. Dua-dua
kacak, tinggi, manis dan ada lesung pipit. Cuma Amierul cerah macam cina. Rashidi
hitam manis gitu. Oh, Abang! Khai rindu Abang. Aku mengeluh.
“Aku taknak
layan dia. Buat sakit kepala, tau?” Amierul berkata lepas teguk airnya.
“Oh. Hee. Tapi
dia tu cantik, apa?” aku tersengih.
“Cantik tak
bawa kebahagian. Cantik saja tapi perangai… Nauzubillah buat apa?” Amierul
ambil komik Narutonya. Begitu lah aktiviti hujung minggu kami.
Aku terkekeh dengar ayat Amierul.
“Elehh.
Konon. Aku cantik jugak. Tapi Rash bahagia je.” Aku sengih.
“Cantik ke?
Uwekk.” Amierul masukkan dua jari kedalam mulut. Buat aksi nak termuntah.
“Oh my! Kau
pregnant ke, Mierul? Kau jangan? Buat aku cuak je doe!” aku bulatkan mata.
Amierul pukul tangan aku dengan komiknya. Sakai punya kawan! Bentak
hatinya. Aku tekekeh lagi. Amierul..Amierul..
Toyota Camry milik Amierul berhenti betul-betul berhenti di depan
pagar depan rumah aku. Aku terjaga dari tidur bila ada orang panggil nama aku. Aku
bukak mata. Akhirnya aku tersenyum. Dah sampai rumah rupanya. Sebelum aku
keluar, Amierul ada kata sesuatu.
“Khai. Ni untuk
kau. Baca selepas 2 hari, tau? Engkau baca hari ni, memang aku tak tahu. Tapi ALLAH
nampak. Ingat, Khai..” Amierul tersenyum.
Aku baring di atas katil. Surat apa ni? Surat cintakah? Aku ketawa
dalam hati.
SUDAH 2 hari
Amierul tak call atau mesej aku. Aku garu
kepala. Mana dia ni? Tak rindu kawan ke apa?! Cess!
“Surat tu? Mana
surat tu eh?” aku selongkar meja make-up aku. Haa, itu pun dia!
Aku buka perlahan-lahan. Ada dua surat didalam tu. Aku baca kertas
berwarna hijau dulu. Aku tarik keluar perlahan-lahan. Rashidi!
Assalamualaikum.
Amierul sahabatku. Kehadiran surat ini
sudah tentu tiba apabila aku sudah tiada disini. Kau tentu tertanya-tanya. Apa yang
aku ingin sampaikan. Amierul, aku bukanlah seorang yang pandai berselindung. Aku
cuma mahu berterus terang. Amierul, semenjak 3 hari lepas aku rasa tidak sedap
hati. Mungkin ada apa-apa yang akan berlaku padaku. Aku bukan nak bagi kau
takut. Tidak. Cuma surat ini aku ingin menyampaikan amanah aku apabila aku
sudah pulang menghadap-NYA.
Amierul. Dengarkan permintaan aku
Amierul. Mungkin aku akan pergi semasa Ai-Isya Khaisara masih muda. Dia baru
berusia 24 tahun. Amierul. Surat ini tercipta tatkala aku ingin menyatakan
hasrat hatiku. Sahabat, saat aku sudah tiada di sisi Khaisara, kau kahwinilah
dia. Berilah dia kebahagian yang seharusnya dikecapi. Sayangilah dia sebagai
mana yang patut dia rasakan.
Amierul. Ai-Isya Khaisara harus kecap
bahagianya. Dia masih muda, Mierul. Tolonglah jalankan amanahku ini, kawan. Hanya
kau satu-satunya harapan aku untuk menjaga dia. Maaf Amierul. Aku tahu berat. Tapi,
aku terpaksa. Tidak rela aku melepaskannya ke tangan orang lain. Tolong,
Mierul. Bahagiakan dia, sayangi dia, cintai dia. Tolong.
Sahabatmu,
Rashidi Azim
Aku raup mukaku. Ya ALLAH. Abang Rash! Kenapa buat Khai macam ni? Khai
tak sanggup, bang. Tak sanggup! Aku menangis. Surat kedua pula aku capai. Kali ini
hanya kertas kajang biasa. Kali ini dari Amierul. Aku mengambil nafas.
Assalamualaikum,
Ai-Isya Khaisara bt. Al-A’min Badri.
Khai. Sudah tentu kau membaca surat
berwarna hijau itu dahulu,kan? Aku sudah agak. Jangan menangis, Khai. Rash tentu
tak suka. Begitu juga aku. Baik, aku ceritakan. Surat Arwah Rash sampai ke
tangan aku setelah dia 3 hari dia pergi meninggalkan kita. Pada mulanya aku
resah. Aku tak tau macam mana nak jelaskan pada kau tentang amanah itu. Maafkan
aku, Khai. Aku takut. Aku takut, aku tak dapat jalankan amanah itu. Maaf,
sayang.
Aku tersentap. Sayang? Apa maksud perkataan itu? Aku teruskan
pembacaan.
Khai. Aku tau, kau mesti terkejut. Terkejut atas
dasar dua perkara. Surat ini dan perkataan itu. Biar aku jelaskan, Khai. Macam ni.
Setelah sebulan setengah aku dengan kau, aku sedar, kenapa Rash begitu tertarik
dengan kau. Kau sangat daring, Khai. Sangat penyanyang. Alangkah bagusnya jika
aku dapat memiliki kau.
Khai. Aku sudah terima amanah yang
diberikan. Tapi aku tak sampai hati nak bagitau kau. Aku takut kau akan sedih. Maaf.
Aku tau, aku hanya sekadar sahabat di matamu Khai. Siapalah aku. Rashidi member
kepercayaan ini kepada aku. Dia ingin aku jaga kau dengan baik. Izinkan aku
Khai? Aku sungguh jatuh cinta dengan kau. Bukan kerana amanah itu. Tetapi keikhlasan
yang tumbuh dari hati. Izinkan aku, Ai-Isya Khaisara.
Ai-Isya Khaisara. Nama kau yang
bertakhta di hati ini. Hanya kau, Khai. Izinkan aku jadi pencintamu buat
selamanya. Sekarang dan selamanya. Izinkan aku! Aku akan bahagiakan kau,
sayangi kau, cintai kau sepertimana Rash inginkan. Boleh ya, Khai?
Yang
mencintai,
Amierul
Khaz.
Ya ALLAH! Apa.. betulkah? Amierul mencintaiku? Betulkah? Serentak itu,
telefon bimbitku nyanyi lagu Someone Like You oleh Adele.
“Assalamualaikum.”
Sapaku dengan suara seksi (serak).
“Waalaikumussalam.
La, menangis, Khai?”
Suara itu! Suara itu yang aku tunggu. Amierul!
“Where are
you?!” jeritku lantang.
“Hee. Aku dekat
Aussie. Sorry, dear.”
“Aussie? What are you doing there?” aku
makin naik angin.
“Sorry. Ikut mama dan papa. How are you, Khai?” soalnya, lembut.
Kelembutan itu mencairkan hati aku. Oh, adakah aku juga cintakan
dia? Amierul?
“Kejam!” itu
yang terluah.
Suara di sebelah sana kedengaran ketawa. Aku tersenyum dalam air
mata.
“Dah baca? Amacam?
Sudi?”
Itu cara melamar alaf baru ke, apa?
“Melamar ke
ni?” soalku, pelik.
“Aahlah. Cepat.
Setuju?” soalnya lagi.
“Hmm.”
Muka aku membahang. Ya ALLAH. Patutnya aku sedar sejak dua tahun
yang lalu. Yang aku cintakan dia selepas pemergian Rashidi. Dia selalu mengisi
kekosonganku. Dia sentiasa di sisiku. Ya ALLAH.
“Hooray! Kau tunggu
lagi 4 bulan. Nanti aku balik, kita terus kahwin.”
“Hah?! Seriously?” aku membulatkan mata.
“Well, yup! I’m serious.”
Aku terasa bahagia. Hari-hari aku termenungkan dia. Ya ALLAH. Ada hikmahnya
kau hadirkan hujan padaku. Rupanya pelangi yang indah akan hadir buatku. Aku bersyukur
Ya ALLAH. Kau kekalkanlah kami bersama. Mekarkan lah cinta kami setiap hari. Aku
sentiasa berdoa, agar cinta ini miliknya. Sekarang dan buat selamanya. Buat Rashidi.
Abang tetap yang pertama dalam hati seorang Ai-Isya Khaisara bt. Al-A’min
Badri.
5 BULAN
KEMUDIAN..
“Sayang! I love you!” dia mendakap erat tubuhku.
“Abang! I love you too!” aku membalas
pelukannya.
Abang Rash. Doakan kebahagian Khai dengan Amierul. Terima kasih
untuk amanah itu, bang. Khai akan jalankan tanggungjawab Khai dengan sebaik
mungkin. Doakan kami, bang. Kami bahagia, bang!
nice job my bucuk.. nice..... gud luck on ur writing... byee.. :P
ReplyDeleteNgeee! Thanx Kak Shedapppp! Thanx Thanx!
ReplyDeleteAuwww . sentapp mak !!!
ReplyDelete