
“Lepaskan akulah! Lepas!” gadis itu memberontak minta dilepaskan.
“Sabaq Mia. Sabaq,” teman baiknya cuba untuk menenangkan.
“Argh! Baik kau lepaskan aku, Izhani!” gadis tadi tetap cuba mahu meloloskan diri dari pelukan erat itu. Rasa nak belasah muka mamat yang ada di hadapannya ini. Meluat betul!
“Baiklah hang berambus dari sini, Irfan,” Izhani memandang kearah lelaki itu.
Dengan bibir terjongket sebelah, Irfan berkata, “ala, Hani. Kau lepaskan jelah singa lapar tu. Biar dia lepas geram.”
Izhani membulatkan mata. Wow! Tak takut masuk wad nampak. Ni ‘Miss Karate’ kolej kot! lantak kaulah, mat. Izhani memandang rakan-rakannya yang lain dan membisikkan sesuatu. Mereka hanya mengangguk. Izhani tersenyum memandang Irfan. Dalam kiraan tiga. 1,2,3..... tu dia! Pihak Cik Damia Hanum atau lebih dikenali Miss Karate menyerang pihak lawan! Dan, satu tumbukan padu terkena batang hidung Irfan.
Izhani di belakang ternganga. Rakan-rakannya yang lain juga turut ternganga.How come Mr. Silat boleh kalah dengan Miss Karate? Erk. Nampaknya Damia Hanum masih belum berpuas hati. Dia cuba menyerang lagi sekali. Dan ternyata, tidak berjaya. Tangannya ditangkap kemas oleh pihak lawan, Encik Irfan. Damia Hanum kerutkan dahi. Sakit!
“Sakitlah woi! Lepaskan aku. Kalau tak, aku karate kau kat sini jugak,” Damia Hanum berkata, garang.
“Kalau tangan kau ni pun aku dapat tangkap, apa yang membuatkan kau fikir aku tak boleh mengelak dari karate kau tu?” Irfan mengangkat kening.
Damia Hanum membuat muka. Eleh, baru dapat halang tangan dah berlagak. Kecoh lebih ini orang. Damia Hanum muncungkan bibir. Tanda protes.
“Sorry okey. Sebab buat kau marah gila tadi. Aku gurau je lah,” perlahan suara Irfan.
“Hek? Banyak kau punya bergurau! Kau dah hina aku macam-macam, kau boleh kata bergurau. I wonder, what kind of human you are?” Damia Hanum angkat kening. Tangan dua-dua di pinggang. Kalah Puan Aliza, pensyarah mereka.
“Sorry lah, Mia. Kau macam tak kenal aku. Kita kenal dah lebih 10 tahun kot,” Irfan tersengih.
“Yup! Aku kenal Irfan Khuzairi yang 10 tahun dulu. I don’t know who you are,” perlahan saja suaranya.
Dan Damia Hanum berjalan tanpa mempedulikan Irfan yang sedang memanggil namanya. She don’t even care, gitu. Dia bertekad dalam hati, akan membenci Irfan Khuzairi selagi dia tidak berubah! Walaupun agak sukar, kerana Irfan telah menempah tempat dihatinya.
Irfan memandang sahaja temannya itu berjalan. Sudah dipanggil tapi tak diendah. Apa nak dibuat! Cara mengorat bukan macam nilah, Irfan! Orang berbaik-baik. Kau cari gaduh. Memang terbaik. Macam mana aku nak buat ni? Irfan menggaru kepala.
Dan hari itu berlalu dan berlalu dan terus berlalu. (saja nak habiskan page)
2 Minggu Kemudian
Dah dua minggu perkara itu berlaku. Dan dua minggu jugaklah Damia Hanum dan Irfan tak bertegur sapa. Si Irfan ni takut nak tegur Si Damia. Si Damia ni pulak memang tidaklah dia nak tegur Si Irfan. Haish, complicated sungguhlah depa ni. Si Damia ni, bila nampak Si Irfan terus berpusing 360 darjah. Rasa serba-salah Irfan dibuatnya. Tak lah besar mana pun perkaranya. Ish-ish.
“Irfan, why don’t you just tell her your feeling,” ujar seorang rakannya. Irfan menoleh. Terangkat keningnya.
“Malas aku,” selamba Irfan berkata.
Gadis itu ternganga. Biar betul? Orang berlumba-lumba nak kejar awek kesayangan, dia pulak.. memang semacam sungguh lah Hamba Allah yang seorang ini. Gadis itu menatap bukunya semula. Accounting second edition. Memang best!
“Tapikan, Lyn. Aku rasa macam nak kejar dia sampai lubang cacing. Tak kira apa, aku mesti dapatkan dia,” Irfan bertekad. Itu adalah misi hatinya.
“Hah?” terbuntang mata gadis yang digelar Lyn itu. Lalu dia sambung.., “kau gila nak kejar dia sampai lubang cacing? Kalau aku pun, aku lari. Nikan pulak miss karate kolej.”
Irfan tergelak kecil. Alahai si Lyn ni pun. Buat-buat tak faham maksud aku. Irfan geleng kepala. Kalau betullah kena kejar dia sampai lubang cacing, Irfan pun tak mahu. Ish-ish. Lebih baik Irfan cari orang yang ada kat dalam rumah batu ke kayu ke. Apa kelas cari orang yang duduk dalam lubang cacing? Haish.
“Berangankan Mia lah tu..,” ujar Lyn perlahan. Antara dengar dengan tidak.
Irfan menoleh. Mulutnya dijuihkan. Sebok je, Si Lyn ni. Jaga tepi kain sendiri sudahlah.
“Sebok lah.”
“Eleh. Baik kau pergi mintak maaf kat dia, Irfan. Aku tengok dia pun bila nampak kau pusing dia bukan main. Macam model berpusing. Eh, macam mana model berpusing eh?” Lyn ketuk dagu. Alahai minah seorang ni.
“Kalau dah tak tau tu, diam lah mangkuk!” Irfan marah Lyn. Lyn tersengih.
Dari jauh Izhani melihat kemesraan yang dipamerkan oleh Irfan dan Lyn. Atas fikiran dia ada awan. Dalam awan tu pulak ada soalan. ‘Dorang tu ada apa-apa ke?’ macam tu lah lebih kurang. Macam kartun pun ada jugak. Izhani menoleh ke sisinya. Dia melihat Damia Hanum sedang goyang-goyang kepala. Apa lagi, dengar lagulah. Pantang MP3 ada kat tangan. Kawan kat sebelah pun tak dilayan.
Izhani memandang Irfan dan Lyn balik. Mereka berdua sedang ketawa sakan. Entah apa yang kelakar. Adalah tu Si Irfan buat kelakar. Aissey! Rugi aku tak join. Kalau tak, happy aku. Duduk dengan Mia ni, macam duduk dengan patung. Sebok MP3 nya aje. Desis hati Izhani. Izhani mencebik.
Damia Hanum yang duduk disebelahnya, mengangkat muka. Ingat nak ajak pergicafe. Tapi dia lihat Izhani sedang menoleh ke belakang. Apa je dia ni. Damia Hanum juga menoleh ke belakang. Saat itu dia sudah membeliakkan matanya. Tak guna punya orang! Tak tahu ke kita ni tengah sedih? Dia boleh menggatal dengan perempuan lain? Argh!!
Izhani yang terasa panas seperti terbakar, terus memandang ke sebelahnya. Dia membuat riak terkejut. Waduh! Perang lagi lah ni. Miss Karate nikan sukakan Mr. Silat. Mahu tak berapi bila tengok pujaan hati dengan perempuan lain? Tapi hari tu dia sendiri yang cakap, ‘aku nak buat mission! Get rid his name from my heart!’
“Mia. Jom,” Izhani sedar yang kepala Damia Hanum makin berapi. Sebelum Damia Hanum ni pergi buat kerja gila, lebih baik dia tarik perempuan ni jauh dari sini.
“Lepas! Aku tau jalan sendiri lah weyh,” dengan hati yang bengang, kepala yang sarat dengan kegeraman, jiwa yang penuh dengan amarah, dia melangkah. Berdetak-detak kakinya. Izhani dah buat muka gerun. Habis lah, Irfan. Itu yang bermain di akalnya.
“Huh.. perlahan lah sikit, Mia. Hang ni, kalau ya pun marah, jangan lepas kat aku,” Izhani masih termengah-mengah.
“Diam!” ops! Cik Karate dah marah.
Izhani telan liur. Pahit weyh! Kecut juga ni. Ketaq lutut ni. Damia Hanum diam je sepanjang perjalanan nak balik ke hostelnya. Perjalanan sepanjang 2 kilometer itu mengambil masa 45 minit (tengok oranglah) dan sepanjang itu jugak dia senyap. Langsung tak bersuara. Muka pulak kelat je. Seram lah. Tegak bulu roma.
“Mia. Kau marah aku ke?” soal Izhani perlahan. Damia Hanum senyap. Dia hanya memandang ke depan. Tak menghiraukan keadaan sekeliling. Izhani mengeluh hampa. Tiba-tibakan...
“Hani! Mia!” jerit satu suara. Serentak Damia Hanum dan Izhani menoleh. Berdegup kencang jantung Damia Hanum. Rasa macam nak meletup. Bukan berdebar sebab suka. Tapi tak suka! Benci. Meluat plus menyampah! Damia Hanum terus menoleh balik. Rambut gadis itu ditarik oleh pemilik suara.
“Kau apahal main tarik-tarik rambut orang pulak? Jealous ke aku rambut panjang and kau rambut pendek?” tempik Damia Hanum. Izhani terangkat bahu.
“Relax lah, Mia. Aku nampak kau tadi kat taman,” Irfan mengeluh.
“So what? Do I care? Eh, I don’t even care!” Damia Hanum menepis kasar tangan Irfan. Mengaduh sakit kawan itu.
“Mia! Kau ni apahal? Nampak aku tak pernah nak baik. Kenapa Mia?” soal Irfan kasar.
“Aku nak balik,” perlahan Damia Hanum berkata.
Irfan mengeluh hampa sekali lagi. Keras sungguh hati cik karate ni.
************
“DAMIA, sombong eh dengan saya,” tiba-tiba suara itu menyapa dari belakang. Dengan muka bosan, Damia Hanum menoleh.
“Mana ada sombong. Kan ke dah nak exam. Kena study lah. Yang dia tu tak study? Kitakan tahun akhir. Jangan nak kena repeat paper lagi sudahlah,” selamba je tutur katanya.
“Eh, eh. Celoparnya mulut. Janganlah doa macam tu. Ish,” Haikal geleng kepala. Dia memerhati gadis yang berambut paras bahu ini. Comel! Kalau nak suruh bayangkan, bayangkan macam Nurul Iman dalam cerita Cinta Tiga Suku tu. Hehe.
“Yelah. Orang nak study ni. Pergi sana. Jangan kacau,” Damia Hanum menatap bukunya semula.
Haikal mengeluh hampa. Keras macam batu sungguh hati minah ni. Taktau nak cairkan macam mana. Hish. Damia Hanum angkat muka. Sorrylah Haikal. Hati saya ni hanya milik seorang saja. Damia Hanum juga mengeluh. Entah berapa ramai yang dia tolak, hanya semata-mata Irfan Khuzairi. Hish! Aku kena jalankan jugak‘mission imposible harus di posiblekan’ aku ni. Walaupun susah, tapi harus!
**********
EXAM DAH HABIS! Yeay! Itu lah sorakan budak-budak bila keluar dari dewan. Memang syok habis! Exam dah habis. So, enjoy time. Kemas barang, balik kampong halaman. Jumpa Mak, kakak-kakak dan abang-abang. Memanghappening. Hari pertama dilayan sebagai puteri raja. Masuk hari kedua, ‘kau buatlah sendiri.’ Itu yang terjadi pada Damia Hanum. Ingatkan bolehlah tak jumpa Si Irfan tu cuti semester ni. Rupanya, jumpa juga. Yelah, rumah dekatlah. Mak Irfan pulak bestfriend mak Si Damia Hanum.
Memang agak sukar untuk larikan diri. Di mana saja Damia Hanum pergi, mesti Irfan ada. Macam kembar dah. Pergi kedai, mesti ada Irfan. Begitulah sebaliknya. Kadang-kadang tu mengeluh jugak Damia Hanum ni. Penat! Di kolej tengok muka Irfan. Di kampong tengok muka Irfan jugak. Macam dah takde muka lain. Dengar kata budak-budak kolej tu, Irfan ni syok dekat Damia Hanum. Ala, satu Malaya dah taulah! Dia je lambat pikap (tangkap/fikir). Hari-hari dan tiap-tiap jam Damia Hanum mengahabiskan masa didalam bilik. Baca novel, tidur. Tapi adalah keluar juga. Tengok televisyen, memasak.
Kalau ikutkan hati ni, memang langsung taknak keluar biliklah! Mahu taknya? Tiap-tiap hari Mak Cik Arina (ibu Irfan) ‘datang melawat’ mak Damia Hanum. Mak Damia Hanum tu boleh tahan pulak! Hish. Tak bosan ke? Tak sabar nak tunggu practical. Bosan gila.
“Mia!” Jerit satu suara. Serentak Damia Hanum dan Ilyasa’ (adik Damia Hanum) berpusing 360 darjah. Damia Hanum dah buat muka bosan. Ilyasa’ pulak dah sengih-sengih.
“Hai, Yas,” suara itu menyapa Ilyasa.
“Hai Abang Irfan,” patutlah Damia Hanum buat muka. Rupanya musuhnya datang.
“Abang nak cakap dengan Kak Mia kejap, boleh?” Irfan tersenyum. Ilyasa menjeling aku. Aku pandang tempat lain. Ilyasa anggukkan kepala.
“Mia, marah lagi ke? I’m sorry. Dah sebulan setengah dah langsung tak bercakap dengan aku,” Irfan bersuara sayu sebaik sahaja Ilyasa berjalan ke tempat yang jauh sikit.
“Taklah. Tak marah dah.” Damia Hanum berkata malas.
“Nanti aku nak pindah pergi Singapura. And aku akan balik ke Malaysia apabila aku ‘grad’ nanti.” Perlahan je suara Irfan. Aku angkat kepala.
“Berapa lama? Bila nak pindah?” Soalnya bertubi-tubi.
“Tengok bila kita konvo lah. Err, maybe 3 hari lagi aku akan pergi ke sana.” Irfan tersenyum.
“Irfan. Jujurlah, aku maafkan kau. Walaupun berat, tapi sebagai kawan, aku maafkan. Ala, not a big deal lah!” Damia Hanum menyembunyikan kesedihan hati.
“Thank you, Mia.” Lepas cakap benda tu, Irfan terus angkat kaki. Nakpacking barang kot. “Aku sayang kau, cik karate.” Sempat lagi dia cakap.
“Aku pun. Kau sentiasa dalam hati aku, encik silat.” Damia Hanum menangis.
Balik rumah je, Damia Hanum cari punching bag dia. Dia ambil dan tumbuk-tumbuk benda tu. Hati cik karate dah kecewa sangat time tu. Kesian dia.
Irfan duduk tepi katil. Dia dah nak menangis. Tapi satu ayat arwah toknya masih dikenang. “Jangan menangis sebab cinta.” Irfan mengeluh. Kenapalah nak pindah-pindah bagai? Nasib baik kat Singapura je. Kalau dekat London ke, memang jenuh Irfan rindukan Damia Hanum. Lagi sekali dia mengeluh. Irfan menyepak satu benda kat bawah kaki dia. Hati encik silat berkecamuk sekarang! Rasa nak silat orang je.
************
SUDAH LIMA TAHUN BERLALU. Hari ini hari konvokesyen dia. Damia Hanum pandang sekeliling. Orang yang dicari tak datang-datang. Janji nak datang. Taulah dia konvo awal. Jahatlah dia tu. Damia Hanum memuncungkan bibir. Tiba-tiba bahunya ditepuk. Dengan malas, Damia Hanum menoleh ke belakang. Sejambak bunga mawar merah yang tak tahu berapa kuntum, menutupi muka orang itu. Serta-merta Damia Hanum tersenyum. Gembira sungguh!
“Sorry lambat. Penat saya cari bunga ni. Tengok, ada bear lagi tau.” Kata lelaki itu.
“Dah datang pun cukup bagus. Tapi saya tak mintak pun bunga ni.” Damia Hanum terharu.
“Ala, takkan nak beli untuk isteri pun kena tunggu dia mintak?” Soal lelaki itu.
“Hish, dia ni. mana kawan awak tu? Tau lah dia konvo dengan awak. Tapi takkan wife kawan baik konvo pun dia taknak tengok?”
“Siapa suruh awak sambung masters lambat? Ala, dia dah tengok awak konvo masa ijazah dulu pun dah cukup.”
“Hee! Jahatnya.” Damia Hanum marah-marah.
“Mia, Haikal! Sorry late. Sesat tadi.” Tu dia! Lelaki yang dimaksudkan sudah sampai. Irfan Khuzairi.
“Ek eleh. Berapa lama kau belajar sini? Nak sesat-sesat bagai.” Haikal marah Irfan. Damia Hanum tergelak je.
“Aku usha aweklah. Mak aku dah bising. Umur 26, tapi tak kahwin-kahwin.” Serentak, Damia Hanum dan Haikal ketawa.
“Kalau usha je memang tak dapat lah. Kau fikir, dengan usha awek akan datang? Pergi lah berkenalan.” Damia Hanum geleng kepala. Dia berdiri lagi rapat dengan suaminya, Haikal. Haikal di sisi sudah ketawa.
“Senanglah kau cakap, Mia. Cuba kau jadi lelaki. Baru kau tau betapa payahnya cari awek!” Irfan cebik bibir. Damia Hanum angkat muka. Dia nampak seorang gadis yang dia kenal sangat. Izhani! Dan dia solo lagi.
“Hani!” jerit Damia Hanum. Izhani terteleng-teleng cari pemilik suara. Bersinar mata Izhani apabila ternampak mereka bertiga. “Hani single lagi tu, Irfan.Try lah. Mana tau kena.” Sambung Damia Hanum.
“Aah, Fan. Dia bukan orang lain. Kawan-kawan kita jugak.” Sokong Haikal.
“Aah lah. Dia tu tak kurang cantiknya.” Sahut Irfan.
“Hai Mia, Haikal, Irfan. Lama gila tak jumpa kauorang.” Ucap Izhani sebaik sahaja dia sampai di tempat mereka berdiri.
“Rindu kau, Hani!” Damia Hanum segera memeluk Izhani. Rindu betul dia dengan sahabat baiknya. “Kau datang sini nak tengok aku konvo ke?” soal Damia Hanum pula.
“Yelah. Aku kan dah konvo dengan suami kau sekali.” Izhani membalas pelukannya.
“Ehem-ehem. Why not, kita pergi sana Hani. Dah lama tak jumpa ni, buat aku nak tanya macam-macam.” Irfan dah pasang umpan. Izhani angkat bahu. Dia ikut je langkah Irfan.
Penatnya tak habis lagi. Damia Hanum dan Haikal duduk bersantai depan televisyen. Lepas makan malam bersama Izhani dan Irfan tadi, mereka terus pulang. Dah penat sangat. Damia Hanum merangkul lengan Haikal. Haikal tersenyum.
“Best tengok Hani dengan Irfan tadi.” Damia Hanum tersenyum.
“Aah. Best sangat. Kalau lah awak dengan Irfan, mesti lagi best!” Haikal mengusap rambut Damia Hanum.
“Apa awak ni? Kan saya dah jadi isteri awak. Jangan lah ungkit cerita lama.” Damia Hanum angkat kening.
“Ala, sorry eh sayang. Tapikan dia cinta pertama awak..” perlahan Haikal berkata.
“Awak.. Irfan mungkin cinta pertama saya. He is my first love. But, I promise you my dear. Awak jadi yang kedua dan akan jadi yang terakhir. Saya hanya sayangkan awak. Hati cik karate dan hati encik silat dah lama terkubur. Misi kami dah berjaya terjawab. Saya hanya milik Doktor Muhammad Haikal bin Syakir.” Perlahan Damia Hanum menuturkan kata-kata. Ayat-ayatnya membuat Haikal sebak. Haikal peluk Damia Hanum. Damia Hanum membalas.
“Terima kasih sayang.” Anggukkan kepala Damia Hanum membuatkan Haikal bertambah sebak. Dia seharusnya bersyukur kerana Damia Hanum memilihnya. Damia Hanum mengambil keputusan menerima Haikal selepas dua tahun konvokesyen Ijazah. Dan mereka berkahwin. Mereka menjadi pasangan paling bahagia!
No comments:
Post a Comment