
Irnani melihat jam di tangannya. Jarum jam sudah menunjukkan pukul 2.30. Irnani mengeluh sambil menggelengkan kepala. ‘Kau lambat lagi, Izham!’ getus hatinya. Dia melihat kanak-kanak yang sedang seronok bermain permainan yang ada di taman permainan itu. Dia tersenyum. Teringat zaman kanak-kanaknya barangkali. Sedang asyik melihat kanak-kanak itu, tiba-tiba bahunya disentuh. Hampir terjatuh air yang sedang dipegangnya.
“Assalamualaikum, Irna!” ucap Izham dengan gembira.
“Waalaikumussalam. Kau ni kenapa, Iz? Lepas kau tepuk bahu aku, baru kau bagi salam. Aduhai.” Irnani menggeleng. Izham memang macam tu. Suka bagi orang lemah jantung.
“Sorrylah, Irna. Aku happy sangat.” Izham berkata dengan sengihan yang agak luar biasa. Irnani mengangkat kening.
“Er. Kau janji dengan aku nak jumpa pukul berapa? Kau lewat setengah jam, and kau bolehhappy-happy macam ni. Dey, dasar tak de perasaan!” Irnani menumbuk lengan Izham. Lelaki tampan yang sedang duduk di sebelahnya ini masih tidak lekang dari senyuman.
“Rileks, rileks. Eee, aku nak cerita something ni. Cuba kau tarik nafas, and bertenang. Dengar ni eh. Boleh eh?” Izham memujuk.
“Grr! Cepat lah bagitau. Bikin mood aku low saja!” getus Irnani.
“Irna, aku suka sorang budak ni. Aku dengan dia dah declare. Kami couple sekarang! Budak yang aku idam-idamkan dah aku dapat! Hooray!” Izham berkata sambil tepuk tangan. Gembira sangat nampaknya. Irnani mengukir senyuman. ‘Akhirnya, jumpa jugak gadis idaman kau, Iz.’ Kata hati Irnani.
“Eloklah, Iz. Kahwin nanti jangan lupa jemput aku. Jangan lupakan aku pulak tau!” Irnani bergurau. Mereka masih muda untuk memikirkan soal rumah tangga. Study pun belum habis, dah gatal fikir kahwin.
“Alah. Lambat lagi lah Irna. Eh? Mana boleh aku lupakan kau. Kau bestie aku tau. Aku sayang kau.” Izham berkata dengan senyuman yang manis. Entah kenapa hati Irnani rasa lain macam. Bukan perkara biasa, tapi lebih kepada luar biasa.
“Hurm. Harap-harapkan. Aku pun sayang kau. Kau happy, aku happy.” Ucap Irnani.
2 minggu selepas perjumpaan mereka, Izham langsung tak menghubungi Irnani. Irnani pelik dengan sikapnya sekarang. Takkan sebab couple dengan Syuhadah, terus lupa kawan. Tau lah Syuhadah tu hot, cantik dan glamour. Konon taknak hilang dia, terus ikut cakap kekasih hati. Huh! Irnani asyik mengeluh saja semenjak dua menjak ni. Kawan baiknya sedar akan perubahan Irnani.
“Irna? Kenapa macam serabut je. Aku tengok kau asyik mengeluh je. Cer citer kat aku.” Yuzhani menegur Irnani. Irnani berpusing menghadap sahabatnya itu. Yuzhani je yang setia dengan Irnani sekarang.
“Hurm. Yuz, kau perasan tak Iz asyik dengan Syu je. Sampai kita ni dia tak layan.” Akhirnya Irnani meluahkan juga. Yuzhani mengangguk.
“So what? Kenapa kau nak terasa sangat? Kawan je pun.” Yuzhani curiga. Irnani mengalih pandangan. ‘Ya tak ya pulak. Kenapa aku nak terasa sangat? Dia kawan aku je pun.’ Hati Irnani bermonolog sendirian. “Oii, cik kak! Aku bercakap ni.” sergah Yuzhani. Terbuntang terus mata Irnani. Terkejut punya pasal.
“Kau boleh tak jangan main sergah je? Aku mati jugak kat sini nanti. Kau dengan Iz sama je. Huh!” Irnani mendengus. Yuzhani membulatkan mata. Dan dia sangat perasan, Irnani asyik sebut nama Izham je sejak dua minggu lepas.
“Kau ni kenapa? Iz, Iz dan Iz. Kau rindu dia ke weyh? Heeh!” Yuzhani menyatakan perasaan curiganya. Tersentap Irnani dek soalan yang diajukan. Irnani berfikir. Rindukah dia?
“Mestilah aku rindu. Bestfriend aku tu.” Irnani berkata lemah. Yuzhani tau, ada perasaan lain dalam diri Irnani. Dia tak sedar lagi.
“Kau suka dia ke, Irna? Dengan aku kau jujur je lah.” Yuzhani menyoal. Irnani sekali lagi tersentap. Sukakah aku kepadanya? Atau mungkin, cintakah aku kepadanya? Dengan serta-merta air matanya mengalir dipipi. Yuzhani terkejut lantas memeluk bahunya. “Irna, kau kenapa? Emosional sangat? Cuba rileks.” Yuzhani memujuknya. Dia menelan air liur.
“Aku suka dia, Yuz! Aku sayang dia lebih dari kawan. Atau lebih tepat, aku cintakan dia!” Irnani menangis sekuat hati. Dia memeluk Yuzhani. Yuzhani pula terdiam mendengar pengakuan teman baiknya itu.
Setelah genap sebulan tidak berjumpa dengan Izham, baru hari ni Irnani dapat menatap wajah kawan baiknya yang dirindui itu. Walaupun wajahnya dalam keadaan bengis, namun dia tetap bersyukur masih boleh melihat wajah Izham. ‘Kenapa dia marah?’ soal hati Irnani yang agak pelik dengan reaksi Izham.
“Irna, aku nak cakap dengan kau kejap.” Izham menarik tangan Irnani. Hampir tersungkur Irnani dibuatnya.
“Apa yang tergesa ni?” soal Irnani tidak puas hati. Dia duduk disebelah Izham.
“Aku dah putus dengan Syu! Geram gila aku dengan dia tu.” Izham mendengus kegeraman. Dahi Irnani berkerut sudah. ‘Putus? Kenapa? Apa masalah mereka ni?’ soal hati Irnani lagi.
“Kenapa?”
“Dia ada jantan lain kat luar tu. Dia ingat aku ni tunggul?! Geram sungguh lah aku dengan dia!” Izham melepaskan geram.
“Oh...” Hanya itu reaksi yang dapat diberikan oleh Irnani. Sudah tidak tau mahu berkata apa. Dia tumpang sedih namun ada sedikit gembira didalam hati.
“Oh je? Hanya ‘oh’? Kau ni macam tak de perasaan!” marah Izham lagi. Kali ini agak lain. Lagi tinggi suaranya.
“Kau pun satu, Iz! Bila dah susah baru cari Irna. Bila gembira, lupakan dia.” Sampuk Yuzhani. Dia mengekori langkah mereka berdua sejak dari cafe kolej tadi. Sehingga ke taman rekreasi. Tersentak Izham dan Irnani dibuatnya.
“Apahal kau kat sini? Kau ikut kami? Kau ni dah tak ada hati ke nak bagi orang sedikit privasi? Rimaslah.” Bentak Izham. Irnani hanya diam tidak berkata apa. Izham juga pelik dengan sikap Irnani ni. Tak pernah diam kalau kena marah. Mesti dia marah balik Izham ni. Tapi ini tidak.
“Irna, heeh! Izham, dengar sini baik-baik. Aku nak kau jaga Irna macam mana kau pernah jaga Syu. Sayang dia macam mana kau pernah sayangkan Syu. Sebulan weyh dia tanggung rindu sorang-sorang. Kau ada rindukan dia?” soal Yuzhani. Dia memang baran betul dengan sikap Izham ni. Melebih-lebih kan kekasih dari sahabat baik.
“Irna? Ada apa-apa yang aku tak tau?” Irnani yang baru tersedar terus menggeleng dan menarik Yuzhani jauh dari tempat tu. Izham hanya memerhati. ‘Apa ni? Sandiwara apa ni?’ soal hati Izham.
“Apa kau ni, Yuz? Eeh!” Gumam Irnani.
“Kau kena terus-terang lah, Irna. Sampai bila kau nak pendam sorang-sorang?” soal Yuzhani.
“Sampai dia sendiri sedar yang aku ni sukakan dia. Okey?” soal Irnani balik. Yuzhani mengeluh. Yuzhani mengangkat bahu saja. Dah tak tau nak cakap apa.
Kertas peperiksaan terakhir untuk sem ini sudah pun tamat. Keluar saja dewan peperiksaan, semua mengeluh lega. Tibalah masanya untuk cuti sem. Semua sudah siap ber-packing untuk pulang ke kampung halaman masing-masing. Ada yang pulang sendiri, ada yang dijemput ibu-bapa. Irnani juga tidak sabar mahu balik ke Johor. Rindunya pada Opah Chu sudah menebal. Setelah bersalaman dengan Yuzhani, dia terus pergi ke stesen bas berhampiran kolejnya. Dia langsung tidak nampak Izham.
Setelah beberapa langkah, Irnani terdengar bunyi hon kereta. Dia memusingkan kepala. Melihat si pemilik kereta. ‘Oh, Izham.’ Desis hati Irnani. Dia melihat saja pemandu itu keluar. Dan Izham menuju ke arahnya.
“Bila?” soal Izham tiba-tiba.
“Hah? Bila apa?” soal Irnani pula. Tergamam dia apabila Izham tiba-tiba menyoalnya begitu.
“Bila kau sedar, kau suka aku?” tersentap Irnani dengan persoalan itu. Irnani tergamam. Tidak tahu apa yang nak dijawab. Herm.
“Err? Apa kau merepek ni, Iz?” soal Irnani. Izham mengeluh.
“Jujur je lah, Irna. Jujur cepat!” gesa Izham. Irnani terkebil-kebil. Kenapa beria-ia sangat si Izham ni?
“Aku pun tak sedar bila aku sukakan kau. Yang aku tau, saat kau tinggalkan aku sorang, saat kau lupakan janji kau, saat kau pergi bersama Syu aku rasa rindu yang amat sangat! Aku cuma inginkan Izham yang dulu. Selalu disamping aku. Aku tak sedar sejak bila hati aku jadi milik kau!” tanpa sedar Irnani menangis.
“Jangan nangis, Irna.” Izham menggenggam tangan Irnani. Dia tahu segalanya dari Yuzhani. Itu pun selepas diugut.
“Mana kau masa aku rindukan kau? Pernah tak kau ingat janji kau konon takkan lupakan aku bila kau dah ada Syu?” soal Irnani bertubi-tubi. Izham rasa bersalah. Dia akui, dia terlampau mengikut kata Syuhadah sehinggakan Syuhadah menyuruh Izham jangan rapat dengan Irnani pun dia ikutkan.
“Irna. Aku pun sukakan kau. Sejak 3 minggu selepas aku bersama Syu, baru aku sedar. Hati aku hanya milik kau. Jasad aku bersama dia, Irna. Tapi hati aku bersama kau. Kau dah berjaya curi hati aku dulu. Tapi aku lambat sedar. Maafkan aku, sayang. Tak terniat aku nak abaikan janji aku. Jadi sekarang, kau suka aku, aku suka kau.” Izham berterus terang. Cukup lah sebulan setengah dia memendam rasa.
“Suka je tak cukup. Aku cintakan kau, Iz.” Irnani berterus-terang.
“Irna, I love you to.” Izham menghulurkan sebuah kotak kecil. Irnani menyambut sopan kotak yang dihulurkan itu. Dia membukanya. Irnani tergamam apabila melihat sebentuk cincin yang cantik. Irnani terharu. Izham membelinya setelah dia sedar yang dia menyintai Irnani. “Irnani Imran, aku tak tahu nak cakap apa. Tapi yang aku mampu untuk katakan hanyalah, aku baru sedar hatiku milikmu.” Kata Izham. Izham menyarungkan cincin itu di jari manis Irnani.
“Iz? Kau terlalu sweet. I like it very much. Thank you. Dan hatiku juga hanya milikmu!” Irnani tersenyum riang. Ternyata, kawan baiknya sendiri sudah menjadi kekasihnya. Argh, jodoh di tangan Tuhan. Hanya DIA yang berhak menentukan segalanya. Semoga kami kekal selama-lamanya. Amin...
No comments:
Post a Comment