Sunday, 12 February 2012

Cerpen 3 : Amanah Cinta

Maaf. Kali ini tiada cover. Harap ada sudi yang baca & follow. :) Terima kasih. Terima lah ..
AMANAH CiNTA : Sara Ramlan

"Ada hikmahnya ALLAH timpakan mendung didalam hidup kita. Kita sering merungut. Bagai tidak sedar bahawa itu adalah Takdir-NYA. Tetapi disebalik mendung itu, ALLAH tetap ingkatkan kita. ALLAH akan hadirkan pelangi yang indah buat hamba-NYA yang sentiasa bersabar dengan dugaan yang diturunkan. 'ALLAH tidak pernah menghampakan kita, tetapi kita selalu menghampakan ALLAH S.W.T' Sentiasa bersabar. Pasti ada hikmah di sebalik setiap yang berlaku."-sara-


Aku duduk di tepi kolam. Aku menguap. Masuk kali ni, dah berapa puluh kali aku menguap. Haiilah. Aku beralih pandang. Aku pandang 4 orang gadis yang macam kucing ni. Bukan kucing comel. Tapi kucing gatal! Dok tergesel sana, tergesel sini. Aku pandang kearah sesuatu yang dipandang oleh mereka. Patutlah pun. Ada beberapa orang mat handsome kat depan tu. Aku buat muka meluat. Dasar perempuan gatal!
Aku check handphone balik. Tak ada sebarang pesanan ringkas. Mana lah mangkuk ayun seorang ni? Hish! Geram aku! Aku betulkan topi di atas kepala. Perempuan 4 orang tadi gelak kuat-kuat. Nak tarik perhatian lelaki ke tu? Arh, aku tak buat macam tu pun elok je. Yang lelaki-lelaki tu pulak, tersengih-sengih macam kerang busuk! Hampeh!
                “Khai..!” seseorang seru nama aku.
Aku pandang kearah suara itu. Aku tersenyum. Lelaki kacak yang sempoi. Selamba dengan jeans, topi, T-shirt birunya. Tangannya sempoi dimasukkan ke dalam poket seluar. Dia sedang tersengih. Haii, tengok muka dia terus hilang marah aku.
                “Ingatkan tak ingat nak jemput orang,” aku bukak topi dari kepalaku.
Rambut melebihi paras bahu itu terlepas. Getah di tangan aku guna untuk ikat rambut. Lepas tu pakai topi balik.
                “Mana boleh lupa. He..he.. Lama ke tunggu?” soalnya.
Aku ambil telefon dari dalam poket, bukak inbox. Cari message yang dihantar tadi.
                Khai, dalam pukul 3.00, abang sampai.
Aku tunjukkan message tu pada dia. Jejaka yang handsome bernama Rashidi itu kerutkan dahi. Tak faham ke wahai suami terchenta? Aku mengeluh.
                “Abang, tengok dalam phone tu abang cakap pukul berapa?”
                “Oh.. pukul 3. Kenapa?” dia soal aku.
                “Hello, cik abang sayang. Tengok pukul berapa abang jemput Khai?” aku buntangkan mata. Hish, laki aku ni.
Rashidi tengok pergelangan tangannya. Mulut nya terus jadi ‘O’, terkejut. Aku terus menatap wajahnya. Pipiku sudah kembung. Tahan ketawa! Kelakar lah laki aku ni. Tiba-tiba perut aku dendangkan muzik irama balada. Err.. Aku tersengih. Aku pusing tengok kot-kot ada orang lain ke? Hehe. Perempuan 4 orang tu pandang-pandang aku. Ada yang berbisik sesame sendiri. Dan aku terus paut tangan Rashidi. Dorang melopong!
                “Sorry sayang!” dia usap kepala aku. Aku ketawa bahagia.
Aku mengeluh. Surah Yaasin berwarna merah tua itu aku tutup. Sekali lagi air mata menitis di pipi. Aku usap perlahan nisan putih yang terpacak itu. Ya ALLAH…
                ‘Abang. Khai belum puas nak manja dengan abang. Kenapa abang tinggalkan Khai? Abang tak sayang Khai ke?’
Aku pandang kawasan sekeliling. Sunyi sepi. Hanya tinggal aku. Aku yang sedang menangisi pemergian suamiku. Terasa macam baru semalam bermanja dengan Rashidi. Seseorang sentuh bahu aku. Aku toleh belakang. Perempuan itu sedang tersenyum manis.
                “Khaisara. Jom balik dulu. Dah lama Khai kat sini. Risau Along tengok Khai.” Perempuan itu kakak aku. Khalijah.
                “Akak datang sini sebab nak suruh Khai balik je ke?” soalku perlahan.
Khalijah duduk di sisiku. Dia usap lenganku perlahan. Sebak hatiku mengenangkan semua momen indah aku dan Rashidi. Khalijah tarik tangan aku. Aku menurut tanpa kata. Dia menekan punat kereta Honda Accord miliknya. Eloklah. Aku datang pun naik bas je tadi. Enjin di buka. Radio, air-cond di pasang. Tali pinggang di pakai.
                “Khai. Tak baik kenang orang yang dah tak ada. Dah 2 tahun, Khai. 2 tahun.” Khalijah tidak henti-henti ingatkan aku.
Aku cuma pandang ke depan. Aku tak bercakap satu patah perkataan pun. Khalijah mengeluh lagi. Mungkin dah give up dengan perangai adiknya yang seorang ini. Aku meraup wajahku sendiri. Khalijah pastinya sudah bosan dengan sikapku ini. Asyik meraung tak tentu pasal. Macam orang meroyan.
2 MINGGU KEMUDIAN
                “Hoi, Khai!”
Aku yang sedang minum itu hampir tersembur ikut hidung. Malaun mana pulak ni? Aku pandang kearah suara itu. Lalu aku angkat kening tanda tak puas hati. Hish! Sebok je dia ni. Buat hidup aku kucar-kacir. Hish ish.
                “Ala, Khai. Sorry lah. Tak sengaja nak buat kau tersedak.” Dia senyum sambil kenyit mata.
Aku ketawa. Nak buat macam mana? Amierul ada aura tersendiri untuk buat aku ketawa. Amierul, jejaka yang sama tempat kerja dengan aku. Jejaka yang diminati semua dara-dara di ofis ini. Mahu tidak? Muka dia macho habis! Dah lah ada lesung pipit. Hish!
                “It’s okey. Tak kisah pun.” Aku angkat lima jari dan goyangkannya.
                “Nak air? Aku pergi beli.” Aku sekadar anggukan kepala.
Amierul. Seorang jejaka yang menjadi penemanku dikala duka, suka, sunyi, sepi, gembira. Selepas permegian Arwah Abang Rashidi, dia adalah penemanku yang kedua. Sebenarnya kami rapat sejak sekolah menengah lagi. Sampailah ke hari ini, detik ini. Arwah ada bagi amanah dekat Amierul. Aku taktau isi kandungannya. Tapi aku pernah baca sesuatu kat sampulnya.
                Aku harap kau jalankan amanah aku, Mierul.
Itu saja. Yang lain tak tau pula. Itu pun aku dapat baca sebab sampul surat tercicir dari beg Amierul. Macam perempuan. Aku baca buku Dyza Ainun, yang bertajuk, ‘Saat Mata Berbicara.’ Best! Amierul berjalan kearah aku dengan sengihan. Aku tersenyum.
                “Your mocha, Khai.”
Aku sambut air yang dihulur. Rasanya nak Tanya. Tapi malaslaj. Perlukah aku tanya? Ohh.. apalah yang Abang Rash amanahkan? Aku baca balik novel tu. Tiba-tiba Amierul angkat sikit tangan aku. Dia tengok tajuk. Dah puas hati, dia angguk kepala. Aku teruskan baca. Last-last dia tarik buku tu. Malaun punya orang!
“Kau ni, Mierul.” Aku angkat kening.
                “Sorry. Teruja nak baca sinopsis dia.” Dia tersengih.
                “Banyaklah kau punya teruja.”
Dia gelak. Dia terus baca. Dia berhenti baca bila handphone dia nyanyi lagu Hafiz, Awan Nano. Amierul buat muka. Dia pandang aku. Aku buat bahasa isyarat. Angkat jelah!
                “Hello?!” sapanya kasar.
Aku tersentak. Tak pernah aku dengar dia kasar macam tu. Pelik. Ni tak lain tak bukan….
                “Aku ada hal ni.”
                “Ala, you. Kita lunch sekejap je. Bolehlah?” rengek suara di sebelah sana.
                “No way!”
                “Mesti you dengan perempuan jahat tukan?”
                “Perempuan jahat mana? Jaga mulut kau, Fatin!”
Aku terkebil-kebil. Dah agak. Mesti minah saleh tak cukup saleh tu. Ala, salah cara dia nak tackle si Amierul. Salah salah! Aku baca buku tu balik.
                “Kau faham tak?! Tak? Okey, takpe. Assalamualaikum!” serentak itu, Amierul off handphonenya.
Aku ketawa, Amierul jeling.
                “Apahal?” soalnya, lembut.
                “Layan jelah…”
Dia yang faham ayat aku yang tak complete tu, terus geleng kepala. Haa, Amierul jejaka idaman Malaya sekolah dan UiTM tau? Selepas Rashidi. Dua-dua kacak, tinggi, manis dan ada lesung pipit. Cuma Amierul cerah macam cina. Rashidi hitam manis gitu. Oh, Abang! Khai rindu Abang. Aku mengeluh.
                “Aku taknak layan dia. Buat sakit kepala, tau?” Amierul berkata lepas teguk airnya.
                “Oh. Hee. Tapi dia tu cantik, apa?” aku tersengih.
                “Cantik tak bawa kebahagian. Cantik saja tapi perangai… Nauzubillah buat apa?” Amierul ambil komik Narutonya. Begitu lah aktiviti hujung minggu kami.
Aku terkekeh dengar ayat Amierul.
                “Elehh. Konon. Aku cantik jugak. Tapi Rash bahagia je.” Aku sengih.
                “Cantik ke? Uwekk.” Amierul masukkan dua jari kedalam mulut. Buat aksi nak termuntah.
                “Oh my! Kau pregnant ke, Mierul? Kau jangan? Buat aku cuak je doe!” aku bulatkan mata.
Amierul pukul tangan aku dengan komiknya. Sakai punya kawan! Bentak hatinya. Aku tekekeh lagi. Amierul..Amierul..
Toyota Camry milik Amierul berhenti betul-betul berhenti di depan pagar depan rumah aku. Aku terjaga dari tidur bila ada orang panggil nama aku. Aku bukak mata. Akhirnya aku tersenyum. Dah sampai rumah rupanya. Sebelum aku keluar, Amierul ada kata sesuatu.
                “Khai. Ni untuk kau. Baca selepas 2 hari, tau? Engkau baca hari ni, memang aku tak tahu. Tapi ALLAH nampak. Ingat, Khai..” Amierul tersenyum.
Aku baring di atas katil. Surat apa ni? Surat cintakah? Aku ketawa dalam hati.
SUDAH 2 hari Amierul tak call atau mesej aku. Aku garu kepala. Mana dia ni? Tak rindu kawan ke apa?! Cess!
                “Surat tu? Mana surat tu eh?” aku selongkar meja make-up aku. Haa, itu pun dia!
Aku buka perlahan-lahan. Ada dua surat didalam tu. Aku baca kertas berwarna hijau dulu. Aku tarik keluar perlahan-lahan. Rashidi!

Assalamualaikum.
          Amierul sahabatku. Kehadiran surat ini sudah tentu tiba apabila aku sudah tiada disini. Kau tentu tertanya-tanya. Apa yang aku ingin sampaikan. Amierul, aku bukanlah seorang yang pandai berselindung. Aku cuma mahu berterus terang. Amierul, semenjak 3 hari lepas aku rasa tidak sedap hati. Mungkin ada apa-apa yang akan berlaku padaku. Aku bukan nak bagi kau takut. Tidak. Cuma surat ini aku ingin menyampaikan amanah aku apabila aku sudah pulang menghadap-NYA.
          Amierul. Dengarkan permintaan aku Amierul. Mungkin aku akan pergi semasa Ai-Isya Khaisara masih muda. Dia baru berusia 24 tahun. Amierul. Surat ini tercipta tatkala aku ingin menyatakan hasrat hatiku. Sahabat, saat aku sudah tiada di sisi Khaisara, kau kahwinilah dia. Berilah dia kebahagian yang seharusnya dikecapi. Sayangilah dia sebagai mana yang patut dia rasakan.
          Amierul. Ai-Isya Khaisara harus kecap bahagianya. Dia masih muda, Mierul. Tolonglah jalankan amanahku ini, kawan. Hanya kau satu-satunya harapan aku untuk menjaga dia. Maaf Amierul. Aku tahu berat. Tapi, aku terpaksa. Tidak rela aku melepaskannya ke tangan orang lain. Tolong, Mierul. Bahagiakan dia, sayangi dia, cintai dia. Tolong.
Sahabatmu,
Rashidi Azim

Aku raup mukaku. Ya ALLAH. Abang Rash! Kenapa buat Khai macam ni? Khai tak sanggup, bang. Tak sanggup! Aku menangis. Surat kedua pula aku capai. Kali ini hanya kertas kajang biasa. Kali ini dari Amierul. Aku mengambil nafas.
               
Assalamualaikum, Ai-Isya Khaisara bt. Al-A’min Badri.
          Khai. Sudah tentu kau membaca surat berwarna hijau itu dahulu,kan? Aku sudah agak. Jangan menangis, Khai. Rash tentu tak suka. Begitu juga aku. Baik, aku ceritakan. Surat Arwah Rash sampai ke tangan aku setelah dia 3 hari dia pergi meninggalkan kita. Pada mulanya aku resah. Aku tak tau macam mana nak jelaskan pada kau tentang amanah itu. Maafkan aku, Khai. Aku takut. Aku takut, aku tak dapat jalankan amanah itu. Maaf, sayang.

Aku tersentap. Sayang? Apa maksud perkataan itu? Aku teruskan pembacaan.
            
    Khai. Aku tau, kau mesti terkejut. Terkejut atas dasar dua perkara. Surat ini dan perkataan itu. Biar aku jelaskan, Khai. Macam ni. Setelah sebulan setengah aku dengan kau, aku sedar, kenapa Rash begitu tertarik dengan kau. Kau sangat daring, Khai. Sangat penyanyang. Alangkah bagusnya jika aku dapat memiliki kau.
          Khai. Aku sudah terima amanah yang diberikan. Tapi aku tak sampai hati nak bagitau kau. Aku takut kau akan sedih. Maaf. Aku tau, aku hanya sekadar sahabat di matamu Khai. Siapalah aku. Rashidi member kepercayaan ini kepada aku. Dia ingin aku jaga kau dengan baik. Izinkan aku Khai? Aku sungguh jatuh cinta dengan kau. Bukan kerana amanah itu. Tetapi keikhlasan yang tumbuh dari hati. Izinkan aku, Ai-Isya Khaisara.
          Ai-Isya Khaisara. Nama kau yang bertakhta di hati ini. Hanya kau, Khai. Izinkan aku jadi pencintamu buat selamanya. Sekarang dan selamanya. Izinkan aku! Aku akan bahagiakan kau, sayangi kau, cintai kau sepertimana Rash inginkan. Boleh ya, Khai?
Yang mencintai,
Amierul Khaz.

Ya ALLAH! Apa.. betulkah? Amierul mencintaiku? Betulkah? Serentak itu, telefon bimbitku nyanyi lagu Someone Like You oleh Adele.
                “Assalamualaikum.” Sapaku dengan suara seksi (serak).
                “Waalaikumussalam. La, menangis, Khai?”
Suara itu! Suara itu yang aku tunggu. Amierul!
                “Where are you?!” jeritku lantang.
                “Hee. Aku dekat Aussie. Sorry, dear.”
                “Aussie? What are you doing there?” aku makin naik angin.
                “Sorry. Ikut mama dan papa. How are you, Khai?” soalnya, lembut.
Kelembutan itu mencairkan hati aku. Oh, adakah aku juga cintakan dia? Amierul?
                “Kejam!” itu yang terluah.
Suara di sebelah sana kedengaran ketawa. Aku tersenyum dalam air mata.
                “Dah baca? Amacam? Sudi?”
Itu cara melamar alaf baru ke, apa?
                “Melamar ke ni?” soalku, pelik.
                “Aahlah. Cepat. Setuju?” soalnya lagi.
                “Hmm.”
Muka aku membahang. Ya ALLAH. Patutnya aku sedar sejak dua tahun yang lalu. Yang aku cintakan dia selepas pemergian Rashidi. Dia selalu mengisi kekosonganku. Dia sentiasa di sisiku. Ya ALLAH.
                “Hooray! Kau tunggu lagi 4 bulan. Nanti aku balik, kita terus kahwin.”
                “Hah?! Seriously?” aku membulatkan mata.
                “Well, yup! I’m serious.”
Aku terasa bahagia. Hari-hari aku termenungkan dia. Ya ALLAH. Ada hikmahnya kau hadirkan hujan padaku. Rupanya pelangi yang indah akan hadir buatku. Aku bersyukur Ya ALLAH. Kau kekalkanlah kami bersama. Mekarkan lah cinta kami setiap hari. Aku sentiasa berdoa, agar cinta ini miliknya. Sekarang dan buat selamanya. Buat Rashidi. Abang tetap yang pertama dalam hati seorang Ai-Isya Khaisara bt. Al-A’min Badri.

5 BULAN KEMUDIAN..
                 “Sayang! I love you!” dia mendakap erat tubuhku.
                “Abang! I love you too!” aku membalas pelukannya.
Abang Rash. Doakan kebahagian Khai dengan Amierul. Terima kasih untuk amanah itu, bang. Khai akan jalankan tanggungjawab Khai dengan sebaik mungkin. Doakan kami, bang. Kami bahagia, bang!

Friday, 10 February 2012

Cerpen 2 : Hati Cik Karate Vs. Hati Encik Silat.


Hati Cik Karate vs. Hati Encik Silat

“Lepaskan akulah! Lepas!” gadis itu memberontak minta dilepaskan.
“Sabaq Mia. Sabaq,” teman baiknya cuba untuk menenangkan.
“Argh! Baik kau lepaskan aku, Izhani!” gadis tadi tetap cuba mahu meloloskan diri dari pelukan erat itu. Rasa nak belasah muka mamat yang ada di hadapannya ini. Meluat betul!
“Baiklah hang berambus dari sini, Irfan,” Izhani memandang kearah lelaki itu.
Dengan bibir terjongket sebelah, Irfan berkata, “ala, Hani. Kau lepaskan jelah singa lapar tu. Biar dia lepas geram.”
Izhani membulatkan mata. Wow! Tak takut masuk wad nampak. Ni ‘Miss Karate’ kolej kot! lantak kaulah, mat. Izhani memandang rakan-rakannya yang lain dan membisikkan sesuatu. Mereka hanya mengangguk. Izhani tersenyum memandang Irfan. Dalam kiraan tiga. 1,2,3..... tu dia! Pihak Cik Damia Hanum atau lebih dikenali Miss Karate menyerang pihak lawan! Dan, satu tumbukan padu terkena batang hidung Irfan.
Izhani di belakang ternganga. Rakan-rakannya yang lain juga turut ternganga.How come Mr. Silat boleh kalah dengan Miss Karate? Erk. Nampaknya Damia Hanum masih belum berpuas hati. Dia cuba menyerang lagi sekali. Dan ternyata, tidak berjaya. Tangannya ditangkap kemas oleh pihak lawan, Encik Irfan. Damia Hanum kerutkan dahi. Sakit!
                “Sakitlah woi! Lepaskan aku. Kalau tak, aku karate kau kat sini jugak,” Damia Hanum berkata, garang.
                “Kalau  tangan kau ni pun aku dapat tangkap, apa yang membuatkan kau fikir aku tak boleh mengelak dari karate kau tu?” Irfan mengangkat kening.
Damia Hanum membuat muka. Eleh, baru dapat halang tangan dah berlagak. Kecoh lebih ini orang. Damia Hanum muncungkan bibir. Tanda protes.
                “Sorry okey. Sebab buat kau marah gila tadi. Aku gurau je lah,” perlahan suara Irfan.
                “Hek? Banyak kau punya bergurau! Kau dah hina aku macam-macam, kau boleh kata bergurau. I wonder, what kind of human you are?” Damia Hanum angkat kening. Tangan dua-dua di pinggang. Kalah Puan Aliza, pensyarah mereka.
                “Sorry lah, Mia. Kau macam tak kenal aku. Kita kenal dah lebih 10 tahun kot,” Irfan tersengih.
                “Yup! Aku kenal Irfan Khuzairi yang 10 tahun dulu. I don’t know who you are,” perlahan saja suaranya.
Dan Damia Hanum berjalan tanpa mempedulikan Irfan yang sedang memanggil namanya. She don’t even care, gitu. Dia bertekad dalam hati, akan membenci Irfan Khuzairi selagi dia tidak berubah! Walaupun agak sukar, kerana Irfan telah menempah tempat dihatinya.
Irfan memandang sahaja temannya itu berjalan. Sudah dipanggil tapi tak diendah. Apa nak dibuat! Cara mengorat bukan macam nilah, Irfan! Orang berbaik-baik. Kau cari gaduh. Memang terbaik. Macam mana aku nak buat ni? Irfan menggaru kepala.
Dan hari itu berlalu dan berlalu dan terus berlalu. (saja nak habiskan page)

2 Minggu Kemudian
Dah dua minggu perkara itu berlaku. Dan dua minggu jugaklah Damia Hanum dan Irfan tak bertegur sapa. Si Irfan ni takut nak tegur Si Damia. Si Damia ni pulak memang tidaklah dia nak tegur Si Irfan. Haish, complicated sungguhlah depa ni. Si Damia ni, bila nampak Si Irfan terus berpusing 360 darjah. Rasa serba-salah Irfan dibuatnya. Tak lah besar mana pun perkaranya. Ish-ish.
“Irfan, why don’t you just tell her your feeling,” ujar seorang rakannya. Irfan menoleh. Terangkat keningnya.
                “Malas aku,” selamba Irfan berkata.
Gadis itu ternganga. Biar betul? Orang berlumba-lumba nak kejar awek kesayangan, dia pulak.. memang semacam sungguh lah Hamba Allah yang seorang ini. Gadis itu menatap bukunya semula. Accounting second edition. Memang best!
                “Tapikan, Lyn. Aku rasa macam nak kejar dia sampai lubang cacing. Tak kira apa, aku mesti dapatkan dia,” Irfan bertekad. Itu adalah misi hatinya.
                “Hah?” terbuntang mata gadis yang digelar Lyn itu. Lalu dia sambung.., “kau gila nak kejar dia sampai lubang cacing? Kalau aku pun, aku lari. Nikan pulak miss karate kolej.”
Irfan tergelak kecil. Alahai si Lyn ni pun. Buat-buat tak faham maksud aku. Irfan geleng kepala. Kalau betullah kena kejar dia sampai lubang cacing, Irfan pun tak mahu. Ish-ish. Lebih baik Irfan cari orang yang ada kat dalam rumah batu ke kayu ke. Apa kelas cari orang yang duduk dalam lubang cacing? Haish.
                “Berangankan Mia lah tu..,” ujar Lyn perlahan. Antara dengar dengan tidak.
Irfan menoleh. Mulutnya dijuihkan. Sebok je, Si Lyn ni. Jaga tepi kain sendiri sudahlah.
                “Sebok lah.”
                “Eleh. Baik kau pergi mintak maaf kat dia, Irfan. Aku tengok dia pun bila nampak kau pusing dia bukan main. Macam model berpusing. Eh, macam mana model berpusing eh?” Lyn ketuk dagu. Alahai minah seorang ni.
                “Kalau dah tak tau tu, diam lah mangkuk!” Irfan marah Lyn. Lyn tersengih.
Dari jauh Izhani melihat kemesraan yang dipamerkan oleh Irfan dan Lyn. Atas fikiran dia ada awan. Dalam awan tu pulak ada soalan. ‘Dorang tu ada apa-apa ke?’ macam tu lah lebih kurang. Macam kartun pun ada jugak. Izhani menoleh ke sisinya. Dia melihat Damia Hanum sedang goyang-goyang kepala. Apa lagi, dengar lagulah. Pantang MP3 ada kat tangan. Kawan kat sebelah pun tak dilayan.
Izhani memandang Irfan dan Lyn balik. Mereka berdua sedang ketawa sakan. Entah apa yang kelakar. Adalah tu Si Irfan buat kelakar. Aissey! Rugi aku tak join. Kalau tak, happy aku. Duduk dengan Mia ni, macam duduk dengan patung. Sebok MP3 nya aje. Desis hati Izhani. Izhani mencebik.
Damia Hanum yang duduk disebelahnya, mengangkat muka. Ingat nak ajak pergicafe. Tapi dia lihat Izhani sedang menoleh ke belakang. Apa je dia ni. Damia Hanum juga menoleh ke belakang. Saat itu dia sudah membeliakkan matanya. Tak guna punya orang! Tak tahu ke kita ni tengah sedih? Dia boleh menggatal dengan perempuan lain? Argh!!
Izhani yang terasa panas seperti terbakar, terus memandang ke sebelahnya. Dia membuat riak terkejut. Waduh! Perang lagi lah ni. Miss Karate nikan sukakan Mr. Silat. Mahu tak berapi bila tengok pujaan hati dengan perempuan lain? Tapi hari tu dia sendiri yang cakap, ‘aku nak buat mission! Get rid his name from my heart!
                “Mia. Jom,” Izhani sedar yang kepala Damia Hanum makin berapi. Sebelum Damia Hanum ni pergi buat kerja gila, lebih baik dia tarik perempuan ni jauh dari sini.
                “Lepas! Aku tau jalan sendiri lah weyh,” dengan hati yang bengang, kepala yang sarat dengan kegeraman, jiwa yang penuh dengan amarah, dia melangkah. Berdetak-detak kakinya. Izhani dah buat muka gerun. Habis lah, Irfan. Itu yang bermain di akalnya.
                “Huh.. perlahan lah sikit, Mia. Hang ni, kalau ya pun marah, jangan lepas kat aku,” Izhani masih termengah-mengah.
                “Diam!” ops! Cik Karate dah marah.
Izhani telan liur. Pahit weyh! Kecut juga ni. Ketaq lutut ni. Damia Hanum diam je sepanjang perjalanan nak balik ke hostelnya. Perjalanan sepanjang 2 kilometer itu mengambil masa 45 minit (tengok oranglah) dan sepanjang itu jugak dia senyap. Langsung tak bersuara. Muka pulak kelat je. Seram lah. Tegak bulu roma.
                “Mia. Kau marah aku ke?” soal Izhani perlahan. Damia Hanum senyap. Dia hanya memandang ke depan. Tak menghiraukan keadaan sekeliling. Izhani mengeluh hampa. Tiba-tibakan...
                “Hani! Mia!” jerit satu suara. Serentak Damia Hanum dan Izhani menoleh. Berdegup kencang jantung Damia Hanum. Rasa macam nak meletup. Bukan berdebar sebab suka. Tapi tak suka! Benci. Meluat plus menyampah! Damia Hanum terus menoleh balik. Rambut gadis itu ditarik oleh pemilik suara.
                “Kau apahal main tarik-tarik rambut orang pulak? Jealous ke aku rambut panjang and kau rambut pendek?” tempik Damia Hanum. Izhani terangkat bahu.
                “Relax lah, Mia. Aku nampak kau tadi kat taman,” Irfan mengeluh.
                “So what? Do I care? Eh, I don’t even care!” Damia Hanum menepis kasar  tangan Irfan. Mengaduh sakit kawan itu.
                “Mia! Kau ni apahal? Nampak aku tak pernah nak baik. Kenapa Mia?” soal Irfan kasar.
                 “Aku nak balik,” perlahan Damia Hanum berkata.
Irfan mengeluh hampa sekali lagi. Keras sungguh hati cik karate ni.

************
DAMIA, sombong eh dengan saya,” tiba-tiba suara itu menyapa dari belakang. Dengan muka bosan, Damia Hanum menoleh.
                “Mana ada sombong. Kan ke dah nak exam. Kena study lah. Yang dia tu tak study? Kitakan tahun akhir. Jangan nak kena repeat paper lagi sudahlah,” selamba je tutur katanya.
                “Eh, eh. Celoparnya mulut. Janganlah doa macam tu. Ish,” Haikal geleng kepala. Dia memerhati gadis yang berambut paras bahu ini. Comel! Kalau nak suruh bayangkan, bayangkan macam Nurul Iman dalam cerita Cinta Tiga Suku tu. Hehe.
                “Yelah. Orang nak study ni. Pergi sana. Jangan kacau,” Damia Hanum menatap bukunya semula.
Haikal mengeluh hampa. Keras macam batu sungguh hati minah ni. Taktau nak cairkan macam mana. Hish. Damia Hanum angkat muka.  Sorrylah Haikal. Hati saya ni hanya milik seorang saja. Damia Hanum juga mengeluh. Entah berapa ramai yang dia tolak, hanya semata-mata Irfan Khuzairi. Hish! Aku kena jalankan jugak‘mission imposible harus di posiblekan’ aku ni.  Walaupun susah, tapi harus!


**********
EXAM DAH HABIS! Yeay! Itu lah sorakan budak-budak bila keluar dari dewan. Memang syok habis! Exam dah habis. So, enjoy time. Kemas barang, balik kampong halaman. Jumpa Mak, kakak-kakak dan abang-abang. Memanghappening. Hari pertama dilayan sebagai puteri raja. Masuk hari kedua, ‘kau buatlah sendiri.’ Itu yang terjadi pada Damia Hanum. Ingatkan bolehlah tak jumpa Si Irfan tu cuti semester ni. Rupanya, jumpa juga. Yelah, rumah dekatlah. Mak Irfan pulak bestfriend mak Si Damia Hanum.
Memang agak sukar untuk larikan diri. Di mana saja Damia Hanum pergi, mesti Irfan ada. Macam kembar dah. Pergi kedai, mesti ada Irfan. Begitulah sebaliknya. Kadang-kadang tu mengeluh jugak Damia Hanum ni. Penat! Di kolej tengok muka Irfan. Di kampong tengok muka Irfan jugak. Macam dah takde muka lain. Dengar kata budak-budak kolej tu, Irfan ni syok dekat Damia Hanum. Ala, satu Malaya dah taulah! Dia je lambat pikap (tangkap/fikir). Hari-hari dan tiap-tiap jam Damia Hanum mengahabiskan masa didalam bilik. Baca novel, tidur. Tapi adalah keluar juga. Tengok televisyen, memasak.
Kalau ikutkan hati ni, memang langsung taknak keluar biliklah! Mahu taknya? Tiap-tiap hari Mak Cik Arina (ibu Irfan) ‘datang melawat’ mak Damia Hanum. Mak Damia Hanum tu boleh tahan pulak! Hish. Tak bosan ke? Tak sabar nak tunggu practical. Bosan gila.
                “Mia!” Jerit satu suara. Serentak Damia Hanum dan Ilyasa’ (adik Damia Hanum) berpusing 360 darjah. Damia Hanum dah buat muka bosan. Ilyasa’ pulak dah sengih-sengih.
                “Hai, Yas,” suara itu menyapa Ilyasa.
                “Hai Abang Irfan,” patutlah Damia Hanum buat muka. Rupanya musuhnya datang.
                “Abang nak cakap dengan Kak Mia kejap, boleh?” Irfan tersenyum. Ilyasa menjeling aku. Aku pandang tempat lain. Ilyasa anggukkan kepala.
                “Mia, marah lagi ke? I’m sorry. Dah sebulan setengah dah langsung tak bercakap dengan aku,” Irfan bersuara sayu sebaik sahaja Ilyasa berjalan ke tempat yang jauh sikit.
                “Taklah. Tak marah dah.” Damia Hanum berkata malas.
                “Nanti aku nak pindah pergi Singapura. And aku akan balik ke Malaysia apabila aku ‘grad’ nanti.” Perlahan je suara Irfan. Aku angkat kepala.
                “Berapa lama? Bila nak pindah?” Soalnya bertubi-tubi.
                “Tengok bila kita konvo lah. Err, maybe 3 hari lagi aku akan pergi ke sana.” Irfan tersenyum.
                “Irfan. Jujurlah, aku maafkan kau. Walaupun berat, tapi sebagai kawan, aku maafkan. Ala, not a big deal lah!” Damia Hanum menyembunyikan kesedihan hati.
                “Thank you, Mia.” Lepas cakap benda tu, Irfan terus angkat kaki. Nakpacking barang kot. “Aku sayang kau, cik karate.” Sempat lagi dia cakap.
                “Aku pun. Kau sentiasa dalam hati aku, encik silat.” Damia Hanum menangis.
Balik rumah je, Damia Hanum cari punching bag dia. Dia ambil dan tumbuk-tumbuk benda tu. Hati cik karate dah kecewa sangat time tu. Kesian dia.
Irfan duduk tepi katil. Dia dah nak menangis. Tapi satu ayat arwah toknya masih dikenang. “Jangan menangis sebab cinta.” Irfan mengeluh. Kenapalah nak pindah-pindah bagai? Nasib baik kat Singapura je. Kalau dekat London ke, memang jenuh Irfan rindukan Damia Hanum.  Lagi sekali dia mengeluh. Irfan menyepak satu benda kat bawah kaki dia. Hati encik silat berkecamuk sekarang! Rasa nak silat orang je.


************
SUDAH LIMA TAHUN BERLALU. Hari ini hari konvokesyen dia. Damia Hanum pandang  sekeliling. Orang yang dicari tak datang-datang. Janji nak datang. Taulah dia konvo awal. Jahatlah dia tu. Damia Hanum memuncungkan bibir. Tiba-tiba bahunya ditepuk. Dengan malas, Damia Hanum menoleh ke belakang. Sejambak bunga mawar merah yang tak tahu berapa kuntum, menutupi muka orang itu. Serta-merta Damia Hanum tersenyum. Gembira sungguh!
                “Sorry lambat. Penat saya cari bunga ni. Tengok, ada bear lagi tau.” Kata lelaki itu.
                “Dah datang pun cukup bagus. Tapi saya tak mintak pun bunga ni.” Damia Hanum terharu.
                “Ala, takkan nak beli untuk isteri pun kena tunggu dia mintak?” Soal lelaki itu.
                “Hish, dia ni. mana kawan awak tu? Tau lah dia konvo dengan awak. Tapi takkan wife kawan baik konvo pun dia taknak tengok?”
                “Siapa suruh awak sambung masters lambat? Ala, dia dah tengok awak konvo masa ijazah dulu pun dah cukup.”
                “Hee! Jahatnya.” Damia Hanum marah-marah.
                “Mia, Haikal! Sorry late. Sesat tadi.” Tu dia! Lelaki yang dimaksudkan sudah sampai. Irfan Khuzairi.
                “Ek eleh. Berapa lama kau belajar sini? Nak sesat-sesat bagai.” Haikal marah Irfan. Damia Hanum tergelak je.
                “Aku usha aweklah. Mak aku dah bising. Umur 26, tapi tak kahwin-kahwin.” Serentak, Damia Hanum dan Haikal ketawa.
                “Kalau usha je memang tak dapat lah. Kau fikir, dengan usha awek akan datang? Pergi lah berkenalan.” Damia Hanum geleng kepala. Dia berdiri lagi rapat dengan suaminya, Haikal. Haikal di sisi sudah ketawa.
                “Senanglah kau cakap, Mia. Cuba kau jadi lelaki. Baru kau tau betapa payahnya cari awek!” Irfan cebik bibir. Damia Hanum angkat muka. Dia nampak seorang gadis yang dia kenal sangat. Izhani! Dan dia solo lagi.
                “Hani!” jerit Damia Hanum. Izhani terteleng-teleng cari pemilik suara. Bersinar mata Izhani apabila ternampak mereka bertiga. “Hani single lagi tu, Irfan.Try lah. Mana tau kena.” Sambung Damia Hanum.       
                “Aah, Fan. Dia bukan orang lain. Kawan-kawan kita jugak.” Sokong Haikal.
                “Aah lah. Dia tu tak kurang cantiknya.” Sahut Irfan.
                “Hai Mia, Haikal, Irfan. Lama gila tak jumpa kauorang.” Ucap Izhani sebaik sahaja dia sampai di tempat mereka berdiri.
                “Rindu kau, Hani!” Damia Hanum segera memeluk Izhani. Rindu betul dia dengan sahabat baiknya. “Kau datang sini nak tengok aku konvo ke?” soal Damia Hanum pula.
                “Yelah. Aku kan dah konvo dengan suami kau sekali.” Izhani membalas pelukannya.
                “Ehem-ehem. Why not, kita pergi sana Hani. Dah lama tak jumpa ni, buat aku nak tanya macam-macam.” Irfan dah pasang umpan. Izhani angkat bahu. Dia ikut je langkah Irfan.
Penatnya tak habis lagi. Damia Hanum dan Haikal duduk bersantai depan televisyen. Lepas makan malam bersama Izhani dan Irfan tadi, mereka terus pulang. Dah penat sangat. Damia Hanum merangkul lengan Haikal. Haikal tersenyum.
                “Best tengok Hani dengan Irfan tadi.” Damia Hanum tersenyum.
                “Aah. Best sangat. Kalau lah awak dengan Irfan, mesti lagi best!” Haikal mengusap rambut Damia Hanum.           
                “Apa awak ni? Kan saya dah jadi isteri awak. Jangan lah ungkit cerita lama.” Damia Hanum angkat kening.
                “Ala, sorry eh sayang. Tapikan dia cinta pertama awak..” perlahan Haikal berkata.
                “Awak.. Irfan mungkin cinta pertama saya. He is my first love. But, I promise you my dear. Awak jadi yang kedua dan akan jadi yang terakhir. Saya hanya sayangkan awak. Hati cik karate dan hati encik silat dah lama terkubur. Misi kami dah berjaya terjawab. Saya hanya milik Doktor Muhammad Haikal bin Syakir.” Perlahan Damia Hanum menuturkan kata-kata. Ayat-ayatnya membuat Haikal sebak. Haikal peluk Damia Hanum. Damia Hanum membalas.
                “Terima kasih sayang.” Anggukkan kepala Damia Hanum membuatkan Haikal bertambah sebak. Dia seharusnya bersyukur kerana Damia Hanum memilihnya. Damia Hanum mengambil keputusan menerima Haikal selepas dua tahun konvokesyen Ijazah. Dan mereka berkahwin. Mereka menjadi pasangan paling bahagia! 

<3

Cerpen 1 : Baruku Sedar Hatiku Milikmu




Irnani melihat jam di tangannya. Jarum jam sudah menunjukkan pukul 2.30. Irnani mengeluh sambil menggelengkan kepala. ‘Kau lambat lagi, Izham!’ getus hatinya. Dia melihat kanak-kanak yang sedang seronok bermain permainan yang ada di taman permainan itu. Dia tersenyum. Teringat zaman kanak-kanaknya barangkali. Sedang asyik melihat kanak-kanak itu, tiba-tiba bahunya disentuh. Hampir terjatuh air yang sedang dipegangnya.

                “Assalamualaikum, Irna!” ucap Izham dengan gembira.
                “Waalaikumussalam. Kau ni kenapa, Iz? Lepas kau tepuk bahu aku, baru kau bagi salam. Aduhai.” Irnani menggeleng. Izham memang macam tu. Suka bagi orang lemah jantung.
                “Sorrylah, Irna. Aku happy sangat.” Izham berkata dengan sengihan yang agak luar biasa. Irnani mengangkat kening.
                “Er. Kau janji dengan aku nak jumpa pukul berapa? Kau lewat setengah jam, and kau bolehhappy-happy macam ni. Dey, dasar tak de perasaan!” Irnani menumbuk lengan Izham. Lelaki tampan yang sedang duduk di sebelahnya ini masih tidak lekang dari senyuman.
                “Rileks, rileks. Eee, aku nak cerita something ni. Cuba kau tarik nafas, and bertenang. Dengar ni eh. Boleh eh?” Izham memujuk.
                “Grr! Cepat lah bagitau. Bikin mood aku low saja!” getus Irnani.
                “Irna, aku suka sorang budak ni. Aku dengan dia dah declare. Kami couple sekarang! Budak yang aku idam-idamkan dah aku dapat! Hooray!” Izham berkata sambil tepuk tangan. Gembira sangat nampaknya. Irnani mengukir senyuman. ‘Akhirnya, jumpa jugak gadis idaman kau, Iz.’ Kata hati Irnani.
                “Eloklah, Iz. Kahwin nanti jangan lupa jemput aku. Jangan lupakan aku pulak tau!” Irnani bergurau. Mereka masih muda untuk memikirkan soal rumah tangga. Study pun belum habis, dah gatal fikir kahwin.
                “Alah. Lambat lagi lah Irna. Eh? Mana boleh aku lupakan kau. Kau bestie aku tau. Aku sayang kau.” Izham berkata dengan senyuman yang manis. Entah kenapa hati Irnani rasa lain macam. Bukan perkara biasa, tapi lebih kepada luar biasa.
                “Hurm. Harap-harapkan. Aku pun sayang kau. Kau happy, aku happy.” Ucap Irnani.
2 minggu selepas perjumpaan mereka, Izham langsung tak menghubungi Irnani. Irnani pelik dengan sikapnya sekarang. Takkan sebab couple dengan Syuhadah, terus lupa kawan. Tau lah Syuhadah tu hot, cantik dan glamour. Konon taknak hilang dia, terus ikut cakap kekasih hati. Huh! Irnani asyik mengeluh saja semenjak dua menjak ni. Kawan baiknya sedar akan perubahan Irnani.
                “Irna? Kenapa macam serabut je. Aku tengok kau asyik mengeluh je. Cer citer kat aku.” Yuzhani menegur Irnani. Irnani berpusing menghadap sahabatnya itu. Yuzhani je yang setia dengan Irnani sekarang.
                “Hurm. Yuz, kau perasan tak Iz asyik dengan Syu je. Sampai kita ni dia tak layan.” Akhirnya Irnani meluahkan juga. Yuzhani mengangguk.
                “So what? Kenapa kau nak terasa sangat? Kawan je pun.” Yuzhani curiga. Irnani mengalih pandangan. ‘Ya tak ya pulak. Kenapa aku nak terasa sangat? Dia kawan aku je pun.’ Hati Irnani bermonolog sendirian. “Oii, cik kak! Aku bercakap ni.” sergah Yuzhani. Terbuntang terus mata Irnani. Terkejut punya pasal.
                “Kau boleh tak jangan main sergah je? Aku mati jugak kat sini nanti. Kau dengan Iz sama je. Huh!” Irnani mendengus. Yuzhani membulatkan mata. Dan dia sangat perasan, Irnani asyik sebut nama Izham je sejak dua minggu lepas.
                “Kau ni kenapa? Iz, Iz dan Iz. Kau rindu dia ke weyh? Heeh!” Yuzhani menyatakan perasaan curiganya. Tersentap Irnani dek soalan yang diajukan. Irnani berfikir. Rindukah dia?
                “Mestilah aku rindu. Bestfriend aku tu.” Irnani berkata lemah. Yuzhani tau, ada perasaan lain dalam diri Irnani. Dia tak sedar lagi.
                “Kau suka dia ke, Irna? Dengan aku kau jujur je lah.” Yuzhani menyoal. Irnani sekali lagi tersentap. Sukakah aku kepadanya? Atau mungkin, cintakah aku kepadanya? Dengan serta-merta  air matanya mengalir dipipi. Yuzhani terkejut lantas memeluk bahunya. “Irna, kau kenapa? Emosional sangat? Cuba rileks.” Yuzhani memujuknya. Dia menelan air liur.
                “Aku suka dia, Yuz! Aku sayang dia lebih dari kawan. Atau lebih tepat, aku cintakan dia!” Irnani menangis sekuat hati. Dia memeluk Yuzhani. Yuzhani pula terdiam mendengar pengakuan teman baiknya itu.
Setelah genap sebulan tidak berjumpa dengan Izham, baru hari ni Irnani dapat menatap wajah kawan baiknya yang dirindui itu. Walaupun wajahnya dalam keadaan bengis, namun dia tetap bersyukur masih boleh melihat wajah Izham. ‘Kenapa dia marah?’ soal hati Irnani yang agak pelik dengan reaksi Izham.
                “Irna, aku nak cakap dengan kau kejap.” Izham menarik tangan Irnani. Hampir tersungkur Irnani dibuatnya.
                “Apa yang tergesa ni?” soal Irnani tidak puas hati. Dia duduk disebelah Izham.
                “Aku dah putus dengan Syu! Geram gila aku dengan dia tu.” Izham mendengus kegeraman. Dahi Irnani berkerut sudah. ‘Putus? Kenapa? Apa masalah mereka ni?’ soal hati Irnani lagi.
                “Kenapa?”
                “Dia ada jantan lain kat luar tu. Dia ingat aku ni tunggul?! Geram sungguh lah aku dengan dia!” Izham melepaskan geram.
                “Oh...” Hanya itu reaksi yang dapat diberikan oleh Irnani. Sudah tidak tau mahu berkata apa. Dia tumpang sedih namun ada sedikit gembira didalam hati.
                “Oh je? Hanya ‘oh’? Kau ni macam tak de perasaan!” marah Izham lagi. Kali ini agak lain. Lagi tinggi suaranya.
                “Kau pun satu, Iz! Bila dah susah baru cari Irna. Bila gembira, lupakan dia.” Sampuk Yuzhani. Dia mengekori langkah mereka berdua sejak dari cafe kolej tadi. Sehingga ke taman rekreasi.  Tersentak Izham dan Irnani dibuatnya.
                “Apahal kau kat sini? Kau ikut kami? Kau ni dah tak ada hati ke nak bagi orang sedikit privasi? Rimaslah.” Bentak Izham. Irnani hanya diam tidak berkata apa. Izham juga pelik dengan sikap Irnani ni. Tak pernah diam kalau kena marah. Mesti dia marah balik Izham ni. Tapi ini tidak.
                “Irna, heeh! Izham, dengar sini baik-baik. Aku nak kau jaga Irna macam mana kau pernah jaga Syu. Sayang dia macam mana kau pernah sayangkan Syu. Sebulan weyh dia tanggung rindu sorang-sorang. Kau ada rindukan dia?” soal Yuzhani. Dia memang baran betul dengan sikap Izham ni. Melebih-lebih kan kekasih dari sahabat baik.
                “Irna? Ada apa-apa yang aku tak tau?” Irnani yang baru tersedar terus menggeleng dan menarik Yuzhani jauh dari tempat tu. Izham hanya memerhati. ‘Apa ni? Sandiwara apa ni?’ soal hati Izham.
                “Apa kau ni, Yuz? Eeh!” Gumam Irnani.
                “Kau kena terus-terang lah, Irna. Sampai bila kau nak pendam sorang-sorang?” soal Yuzhani.
                “Sampai dia sendiri sedar yang aku ni sukakan dia. Okey?” soal Irnani balik. Yuzhani mengeluh. Yuzhani mengangkat bahu saja. Dah tak tau nak cakap apa.
Kertas peperiksaan terakhir untuk sem ini sudah pun tamat. Keluar saja dewan peperiksaan, semua mengeluh lega. Tibalah masanya untuk cuti sem. Semua sudah siap ber-packing untuk pulang ke kampung halaman masing-masing. Ada yang pulang sendiri, ada yang dijemput ibu-bapa. Irnani juga tidak sabar mahu balik ke Johor. Rindunya pada Opah Chu sudah menebal. Setelah bersalaman dengan Yuzhani, dia terus pergi ke stesen bas berhampiran kolejnya. Dia langsung tidak nampak Izham.
Setelah beberapa langkah, Irnani terdengar bunyi hon kereta. Dia memusingkan kepala. Melihat si pemilik kereta. ‘Oh, Izham.’ Desis hati Irnani. Dia melihat saja pemandu itu keluar. Dan Izham menuju ke arahnya.
                “Bila?” soal Izham tiba-tiba.
                “Hah? Bila apa?” soal Irnani pula. Tergamam dia apabila Izham tiba-tiba menyoalnya begitu.
                “Bila kau sedar, kau suka aku?” tersentap Irnani dengan persoalan itu. Irnani tergamam. Tidak tahu apa yang nak dijawab. Herm.
                “Err? Apa kau merepek ni, Iz?” soal Irnani. Izham mengeluh.
“Jujur je lah, Irna. Jujur cepat!” gesa Izham. Irnani terkebil-kebil. Kenapa beria-ia sangat si Izham ni?
“Aku pun tak sedar bila aku sukakan kau. Yang aku tau, saat kau tinggalkan aku sorang, saat kau lupakan janji kau, saat kau pergi bersama Syu aku rasa rindu yang amat sangat! Aku cuma inginkan Izham yang dulu. Selalu disamping aku. Aku tak sedar sejak bila hati aku jadi milik kau!” tanpa sedar Irnani menangis.
“Jangan nangis, Irna.” Izham menggenggam tangan Irnani. Dia tahu segalanya dari Yuzhani. Itu pun selepas diugut.
“Mana kau masa aku rindukan kau? Pernah tak kau ingat janji kau konon takkan lupakan aku bila kau dah ada Syu?” soal Irnani bertubi-tubi. Izham rasa bersalah. Dia akui, dia terlampau mengikut kata Syuhadah sehinggakan Syuhadah menyuruh Izham jangan rapat dengan Irnani pun dia ikutkan.
“Irna. Aku pun sukakan kau. Sejak 3 minggu selepas aku bersama Syu, baru aku sedar. Hati aku hanya milik kau. Jasad aku bersama dia, Irna. Tapi hati aku bersama kau. Kau dah berjaya curi hati aku dulu. Tapi aku lambat sedar. Maafkan aku, sayang. Tak terniat aku nak abaikan janji aku. Jadi sekarang, kau suka aku, aku suka kau.” Izham berterus terang. Cukup lah sebulan setengah dia memendam rasa.
“Suka je tak cukup. Aku cintakan kau, Iz.” Irnani berterus-terang.
“Irna, I love you to.” Izham menghulurkan sebuah kotak kecil. Irnani menyambut sopan kotak yang dihulurkan itu. Dia membukanya. Irnani tergamam apabila melihat sebentuk cincin yang cantik. Irnani terharu. Izham membelinya setelah dia sedar yang dia menyintai Irnani. “Irnani Imran, aku tak tahu nak cakap apa. Tapi yang aku mampu untuk katakan hanyalah, aku baru sedar hatiku milikmu.” Kata Izham. Izham menyarungkan cincin itu di jari manis Irnani.
“Iz? Kau terlalu sweetI like it very muchThank you. Dan hatiku juga hanya milikmu!” Irnani tersenyum riang. Ternyata, kawan baiknya sendiri sudah menjadi kekasihnya. Argh, jodoh di tangan Tuhan. Hanya DIA yang berhak menentukan segalanya. Semoga kami kekal selama-lamanya. Amin... 
Assalamualaikum dear bloggers.

I'm here with my new blog. This blog is specially for my short story. You may follow, comment, or whatever you want. The other blog is use for my nagging! Arh sudah ! Merepek dalam bahasa inggeris . ehehe. Tak pelah. Taknak merepek panjang. Cukup lah dekat blog lagi satu tu kte merepek. There you go, my short storries!